Friday 18 November 2011

A Night To Remember -181111-


Hari ni, aku dengan wife decide nak pusing-pusing Kota London. So dari pagi aku da kat school sebab ade diskusi.

Huh~ no life la dorang ni, asyik diskusi je. So nak taknak, terpaksa la datang.

So after habis diskusi, solat jumaat kat Prayer Hall, then aku dengan wife terus mengorak langkah seribu pusing-pusing Kota London.

Kiteorang start dengan lunch dulu dekat Malaysian Hall (tu je tempat makan murah). Then kiteorang ke High Street Kensington, kawasan ni banyak kedai-kedai macam dekat Bukit Bintang tu. Aku nak cari snowcap sebab suhu semakin menurun, kepala aku kena jage, ade migrain, sejuk sikit, die krem, hahahahhaha!! alasan! cis!

So lepas pusing-pusing, dapat satu cap, aku beli kat Uniqlo £8.90. Murah kot. Tatau la if ade lagi murah, tapi aku beli je sebab da tak tahan, asyik pening je.

Ni la snowcap aku, biasa je. Murahan punye~


So after that kiteorang pun jalan-jalan ke Oxford Street. Wife aku nak pergi Harrods, dia kate cantik Harrods malam-malam gini. Aku pun ikot je la.

Naik tube dari High Street Kensington~

Keluar je dari tube station, aku tergamam,

Burberry!

Owh man~ this is my favourite. Why! Why!

Aku tak dapat beli, duit takde. Isk isk. Dapat tengok dari luar pun jadi la T_T

Kiteoran pun berjalan ke Harrods. Sepanjang-panjang perjalanan memang ramai orang and most of them holding high-branded plastic/paper bag.

Shish~

Burberry~

Gucci~

Emporio Armani~

LV~

Hermes~

Chanel~

etc etc~



Mane la dorang dapat duit ni. Pelik aku. Cakap recession bagai.

Heh~ (orang takde duit memang sedap mengomen~)

So disebabkan aku ni kira macam tourist, aku pun ambil la gambar sikit-sikit.

Harrods di waktu malam. Tengok orang tu, ramai sungguh~

Harrods

T0urist kan.. ape nak malu, amek je gambar =)

Yang ni aku agak terkejut, mungkin aku sorang je tatau kot, kat dalam Harrods ada Royal Selangor. Pergh! Royal Selangor kot~

Royal Selangor!

Wife aku siap cakap dekat aku : "maybe sultan selangor ade share dengan Harrods kot~"

Aku masuk Harrods pun sebab nak beli macaroons je, wife aku teringin. Dapat la kat dia macaroons tu.

Segala jenis color ada, aku da tak ingat perisa ape semua tu, ade chocolate, ade vanila, ade lemon, ade green apple, ade rasberry, ade pink, purple.......... Owh kat sini if nak halal macaroons, boleh pergi beli kat Harrods, name kedai tu Laduree.


After that aku pun cari coffee shop, saje lepak-lepak style orang kaya. Hahahaha. Jumpe Costa, terus order Caramel Latte (favourite aku dekat sini) and lepak dengan wife sambil buat blog. Untung sini sebab internet dia boleh tahan laju, and macam-macam boleh tulis. Kali ni punya kira ad-hoc je. Tibe-tibe je teringin nak buat blog =P

Hamek kau~ Caramel Latte massimo! Aku rase macam minum pakai besen je. Hahaha!

Around 7pm camtu, kitaorang pun beredar pulang, jalan-jalan kat Oxford Street sampai la ke South Kensington Station. Before balik, aku bawak wife aku pergi tengok ice-rink dekat dengan school aku. Happy dia sebab dapat tengok ice-rink open-air. Tapi silap, jangan ajak aku sebab aku tak reti benda alah ni. Kang buat malu Malaysia je duk jatuh-jatuh.



This kid playing with penguin~ cute~

So hari Jumaat ni aku habiskan masa aku dengan wife aku berjalan-jalan. Saja release tensi belajar and da lama tak berjalan dengan wife aku.

So today end with this blog~

Happy! tomorrow start belajar balik *sigh

2 comments: