Saturday 5 January 2013

Field Trip Begins


And The Field Trip Begins!

Selepas habis satu hari berjalan-jalan di sekitar Athens, kitaorang decide untuk balik ke hotel and berehat je. Sebab kitaorang tahu 7 hari yang akan datang pasti lebih mencabar.

So kitaorang punya first day field trip, kitaorang dibawa ke Corinth Canal

Corinth Canal mula di bina pada tahun 1881 tetapi telah mengalami beberapa masalah geologi dan kewangan. Akhirnya ia berjaya disiap pada tahun 1893. Disebabkan canal ni terlalu sempit, masalah pelayaran dan selalu tutup sebab nak kena baiki tanah runtuh, Corinth Canal ni gagal untuk menarik kapal-kapal untuk melaluinya. So sekarang ni, canal ni more kepada tourism. Kepada engineer or geologist, if sampai ke Greece, pergilah tengok-tengok tempat ni. Terlalu banyak engineering significant dia.



So kitaorang dibawa melalui canal ni oleh satu ferry kecil comel. Ni classmate aku, dari Libya. Super-wealthy and humble. Respect!



Ni view dari atas ferry melalui Corinth Canal. Air dia sangat cantik and jernih. But yes sangat narrow canal dia. (oh btw, uncle tu adalah Prof. DM Potts)



Mungkin nasib kitaorang masa ni bertuah, kitaorang dapat tengok ada satu kapal di tunda melalui canal ni. Kapal ni dari Turkey if tengok kepada bendera dia. 



Ni view dari atas jambatan. If tengok elok-elok boleh nampak beza warna tanah-tanah and batu-batu dekat sini. Boleh nampak jugak layer-layer batu dekat sini. Memang menakjubkan. 


Then kitaorang pun sambung field trip. Naik coach dan terus jalan ke destinasi seterusnya. Dalam coach, ni lah tempat aku meluahkan segala isi hati aku. Diberikan meja sekecil ni, dan sebuah buku conteng bewarna kuning tu. Ceywah! 


Baca notes and dengar briefing sebelum tiba ke destinasi seterusnya. So takdelah rasa taktau apa-apa nanti. Sambil-sambil tu, boleh lengkapkan notes and sketching dekat buku kuning tu.

Buku kuning tu sangatlah penting, sebab, buku kuning tu mengandungi segala information sepanjang tujuh hari kitaorang punya field trip. So janganlah hilang atau jatuh dalam gaung or laut.



Ni adalah Mushroom-Shape Rock. Ni adalah disebabkan oleh permukaan batu ini dikatakan ditolak keatas (squeeze) oleh 2 plate (2 tectonic plate). Bentuk leher tu dikatakan kerana hakisan ombak laut. 

Setelah satu hari panjat bukit, turun bukit, berjalan, berlari (sebab kena kejar anjing), then kitaorang pun sampailah ke hotel seterusnya. So aku dapat check-in bilik dengan orang Somalia yang da berbelas-belas tahun duduk UK. Dan disebabkan dia agak unik (more than 2meter height), aku pun request untuk ambil gambar kenang-kenangan. Hehehhehehe =)




Nama dia Anwar, berasal dari Somalia but da menetap di UK more than 10 years. Super tinggi!



Ni adalah view dari bilik hotel aku. Malangnya aku tak bawak baju renang untuk berenang-renang di swimming pool tu.. argh!! seluar pendek pun takda!



Kebanyakan classmate aku mengambil peluang untuk bersantai di swimming pool, dan ada juga yang mandi laut... (fuh fuh bila teringat, meleleh darah dekat hidung =P)

So end of day one. 

Second day, kitaorang dibawa melawat ke kawasan tanah runtuh. Disebabkan landslide ni, highway yang baru sahaja siap terpaksa ditutup. Rectification works terus dicadangkan dan akhirnya, dorang mengambil keputusan untuk construct bridge untuk cross kawasan landslide ni. 



Ni adalah sebahagian dari classmate aku, masing-masing tengah fokus tengok site and cuba sketch apa yang dorang rasa berguna. 



So kalau korang nak tahu apa dalam buku kuning tu, lebih kurang camni la kot. Kena sketch apa yang kita rasa penting and berguna. 

Nak dipendekkan cerita, selepas beberapa hari field trip, akhirnya kitaorang sampai ke hari kedua terakhir. Kitaorang dibawa ke sebuah empangan yang masih lagi dalam construction. Empangan ni sangat penting kerana ia akan menjana dan menampung air bagi seluruh Athens!

Tapi malangnya, kerana ekonomi yang amat gawat sekarang ni di Greece, construction empangan ini sangat slow sehingga dorang terpaksa menukar contractor 2 ke 3 kali kerana kekangan kewangan dari pihak contractor. 


Ni adalah di bahagian belakang empangan. Kawasan ni akan ditenggelami air dan akan jadi macam tasik. 

Selepas dibawa melawat empangan, kitaorang dibawa pula ke site tunnel construction. Benda ni sangat rare dan susah nak dapat pergi melawat. Nak boleh masuk pun perlukan kelulusan dari government dorang. Alhamdulillah disebabkan university kitaorang memang selalu datang sini untuk field trip, jadi tak ada masalah. Kitaorang dibawa masuk ke tengah-tengah tunnel dengan menaiki bas sekolah. Macam geng bas sekolah pun ada rasa. Hahahahhaha

Construction tunnel ni sangat susah kerana ia melalui bukit batu diatasnya yang terlalu berat. Menurut engineer yang jaga site ni, mereka terpaksa berhenti kerja beberapa kali kerana failure ketika drilling. Akhirnya mereka bercadang untuk hire 2 contractor, satu akan mula dari North dan satu akan mula dari South. Mungkin nasib kitaorang memang bertuah, tunnel ni akan bercantum lagi beberapa hari. Jadi kitaorang masih sempat untuk lihat macam mana dorang stabilise wall tunnel tu and macam mana dorang drill tunnel tu.


So basically dorang akan buat part A and part B. Dorang akan drill separuh dulu (part A) then stabilise wall separuh atas. Kalau korang tengok, ada besi-besi reinforcement beberapa layer untuk stabilise wall dia sahaja dan dorang spray concrete. 

Then part B pula adalah bila wall atas dah mula gain strength, dorang akan start drill bahagian bawah pula. Construction tunnel ni ada 2 tunnel, so dorang buat kerja simultaneously. 


Akhirnya, tibalah hari terakhir kitaorang untuk field trip. Kitaorang dibawa ke underground construction. Underground ni adalah di Thessaloniki yang merupakan bandar kedua terbesar di Greece selepas Athens. 





Oh untuk pengetahuan semua, selepas satu-satu site yang kitaorang lawati, kitaorang akan diberikan tugasan untuk present pasal site tu. So masa aku, group aku kena present pasal Mornos Dam. Presentation dia jenis ad-hoc. Dorang bagi kertas kajang and marker pen, then korang pandai-pandai buat apa yang korang nak buat. No power-point, no slide, no canggih-canggih. Semua back to basic.



Setelah selesai group presentation last day, buku kuning kami akan di kutip oleh lecturer-lecturer yang ikut. And masa ni aku berkesempatan untuk bergambar dengan Prof. DM Potts. 

Akhirnya, kitaorang pun pulang ke London dengan seribu-satu kenangan. Yang lebih menarik, kitaorang naik kapal terbang yang tak ramai penumpang. So inilah jadinya. Dua orang kawan aku ni ambil tiga seat terus and buat katil. Di sebabkan terlalu letih, memang tak sedar apa. Sedar-sedar dorang nak bagi makan da. 



The smiling guy adalah aku punya housemate, Malaysian jugak and merupakan aku punya senior engineer dekat office lama di Malaysia dan yang pakai baju belang-belang tu budak dari Thailand yang super-duper kaya.

Alhamdulillah semua berjalan lancar, and kami selamat tiba ke London. Aku dengan housemate aku terus balik ke rumah kerana kelaparan dan keletihan. 

Tamatlah field trip aku ke Greece. Pengalaman pergi ke negara orang memang sangat best. Banyak ilmu yang kita boleh perolehi. 

Akhir kata, bawah ni adalah gambar kami satu class. Total semua adalah 52 orang (kalau aku tak silap).



InsyaALLAH after this, aku akan menulis pulak pasal percutian aku dan rakan-rakan di seluruh UK. Perjalanan yang sangat mencabar. Menempuh beribu-ribu batu untuk melihat keindahan bumi ciptaan ALLAH.

Alhamdulillah dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang ini.

AMIN.