Wednesday 1 August 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Salam Semua~

Tahun lepas, 3rd of September 2011, kami berdua sampai ke London untuk mula berjuang menjadi student balik. Hari raya ketiga, kitaorang dah dekat London, punya la semangat. Bukan semangat pun sebenarnya, tapi lebih kepada nervous sebab nak kena cari rumah lagi, bukak account bank lagi. So for me, memang kena ade buffer time. Tak suka buat last-minute.

Tahun lepas, kami berdua berpuasa di Malaysia. Berbuka ramai-ramai dengan kawan-kawan, pergi terawikh, cari bazaar Ramadhan yang best-best and bangun sahur mata kuyu. Tapi tahun ni, kitaorang akan melalui puasa di perantauan. Ramai orang suruh kitaorang practice dulu before bulan ramadhan betul-betul masuk, tapi biasalah, aku ni mana pernah reti nak practice puasa, memang jarang la lepas.

So Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan lancar. Kitaorang berpuasa pun macam biasa walaupun 18jam tak makan and tak minum. Kuatkan semangat sebab bila lagi nak rasa puasa dekat negara orang. Memang banyak dugaan. Bagi kaum lelaki macam aku, dugaan dia lagi kuat. If nak keluar jalan-jalan, mesti kena pandang bawah.... =P kalau tak kurus pahala puasa (biasa la, negara omputih ni, nak lagi time summer, dorang mana pakai baju tebal-tebal).. hahhahahahah!!

Di sebabkan aku berada ni Barking, kawasan East London, aku lebih rapat dengan family-family yang ada dekat sini. So abang-abang and kakak-kakak ni suka sungguh buat berbuka sama-sama. Aku dengan wife la yang untung. Asyik makan lauk sedap-sedap. Tak payah ke bazaar (walaupun takde dekat London ni).

First day puasa, Abang Bad sefamily jemput aku berbuka rumah dia. Hmm aku apa lagi, terus la cakap "OLRAIT!"... rezeki jangan di tolak. hehehehhehhehe.. and lauk dia memang tanak kalah dengan restoran buffet dekat Malaysia. Aku pun tengok pening tengok lauk. Tapi memang terbaik.


Ikan - Udang - Ayam - Daging - Mushroom - Onde-onde
 Yes! Onde-Onde! special made.. panas-panas lagi....

Onde-Onde from London
Tip-Top!... thanks Abang Bad and Kak Pah sebab jemput berbuka.. sangat suka saya!

Pastu, Abang Bad lagi sekali jemput kitaorang berbuka puasa dekat rumah dia. Kali ni official sikit sebab dia jemput ramai-ramai. And paling penting, ada AYAM PERCIK!. fuooo~ siapa sangka dapat makan ayam percik duduk London ni.

Ayam Percik!
and masa ni jugak, lauk memang melimpah-luah. Malangnya sebab kelam-kabut nak bukak puasa, aku tak sempat nak amek gambar lauk-lauk yang ada.. tapi aku sempat amek gambar ni...


Yeah! Sirap Bandung Soda! terima kasih kepada Kak Azan! memang hilang rindu dekat Malaysia kejap.. hahahahhahahahhha....

Then baru-baru ni, Abang Fairuz sefamily pulak ajak berbuka dekat rumah dia. Fuh! yang ni if tolak, memang orang kata tolak rezeki sungguh la. Sapa tak kenal Kak Ana. Chef terkenal di kawasan East London. Nasib baik Kak Ana ni tak buka restoran, kalau tak, memang kitaorang je kot akan beli lauk/makanan dekat kedai dia. hahahahahahha...

Dan paling best, Abang Bad/Kak Pah bawak apam balik.... YES! APAM BALIK!! ...

Apam Balik fresh from rumah Abang Bad and Kak Pah
Dan dibawah ini adalah menu kitaorang hari tu.

Tengok air tangan Kak Ana... isk isk... 


Tak lupa jugak dekat kuih gulung tu... huaa~ sedap sedap... nyesal pulak tak makan banyak-banyak.. tapi takpela.. dapat rasa sorang sikit.. pasni kena request dekat Kak Ana suruh buat kuih tu lagi.. sedap amat!

So rasanya setakat ni je la kot makanan-makanan best sepanjang 14 hari berpuasa.

Alhamdulillah, Ramadhan pun dah nak masuk pertengahan, marilah kita perbanyakkan amalan.

Semoga diberkati hendaknya... Amin..

Salam Ramadhan Al-Mubarak semua!!