Sunday 27 November 2011

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah dari Kiteorang berdua~


Quoted from a website:

The meaning of Maal Hijrah in English is migration. On this day, Muslim remember Nabi Muhammad S.A.W migrate from Mekkah to Madinah on the year 622 A.D. Besides, Maal Hijrah also mean changes from bad to good side and can be said as starting point and evaluate inner-self on self achievement.

Awal means begining in English and Muharram is the first month of muslim calender. In another words, this is the first day in Muslim calendar. Therefore, this is also the new year for all Muslim.

Credit : LibraryNet


Di kelapangan yang ada ni, aku nak mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua yang mengenali aku. Aku tau Malaysia cuti hari isnin sedangkan aku di negara orang ni tengah pulun abis-abisan pergi class. Ye la exam da dekat, banyak benda nak kena catch-up. Huh~

So sempena Maal Hijrah, Kak Timah telah mengadakan satu kenduri kecil-kecilan sambil menyambut hari jadi anak dia. Macam biasa, aku dengan wife adalah regular customer. Kiteorang takkan lepaskan peluang if ada makan-makan free ni =P


Segala jenis macam makanan ada kat sini. Dari makanan jenis malaysia sampai la makanan jenis korea. Hahahah!

Tapi yang paling special bagi aku adalah ini!

Roti Jala!!

Memang terbaek! Favourite aku nih! disebabkan lama tak jumpa roti jala, aku ambil sebundle terus. Kira reserved terus la.

Hahahaahahha!


Ni adalah birthday girl, yang tengah-tengah tu. (hik hik Headband LadyBird~)

Satu hari kiteorang dekat rumah Makcik Timah, memang happening. Ramai sungguh Malaysian dekat sini and semua baik-baik belaka.

Kagum Kagum

Tengah syok-syok aku makan, tiba-tiba aku ternampak sorang budak ni. Puh! memang cute gila-tahap-gaban~

Aku sempat ambil gambar dia dengan phone aku. Ni ha dia~


Snow White with her "Apple"

Budak-budak sekarang, memang hebat~

Hmm~ tak puas ek tak dapat tengok muka. Haa ni aku letak gambar dia masa dia pandang budak lain. Hebat bukan?

Nama dia Aina. Ayah dia omputih, mak dia orang melayu, dapat anak memang superb!

Gred-A!


Kepada semua umat Islam, aku and wife mengucapkan Salam Maal Hijrah. Semoga penghijrahan kami ke negara orang ini membawa keberkatan.

Amin~




Thursday 24 November 2011

Friday Night

study~



When it comes to Friday night, aku akan tersenyum lebar.

Hari Khamis adalah hari favourite aku.

Antara sebab-sebabnya adalah:

1) class Prof.Burland which is salah seorang yang paling berpengaruh dalam soil mechanics and this is his last year teaching us. He will be retired next year at age 74. Nice chap~ very nice.

2) sebab aku takda class hari jumaat. Hahahaha so aku ada extra satu hari untuk mentelaah.


Sekarang ni da pukul 321am, aku still kat meja ngadap buku & siapkan tutorial. Memang impact dari Imperial ni sangat mengagumkan.

So untuk aku dapat bertahan sampai sekarang ni, dua gelas nescafe aku da layan~ kedua-duanya set besar!

Tapi itulah dia. Hidup sebagai pelajar di negara orang. Kita kena pandai adapt dengan keadaan.

Keadaan aku sekarang agak huru hara, winter test da makin dekat, so kena struggle sikit, buat short notes sikit, pahamkan mana yang tak paham.

Tapi insyaALLAH, if kita da usaha, tawakal je pastu. Ingat semua, doa tu penting. Usaha pun penting.

Untuk mengelakkan takde topic, so aku stop study jap untuk buat blog.

Owh ada berita mengejutkan dari ayah aku. Agak sedih sebab aku jauh. Cerita dia camni, Ayah aku dengan adik lelaki aku yang tengah ambil SPM tu nak cuci pintu kaca dalam toilet ayah aku, pintu kaca tu untuk separate tempat mandi and tempat kering.

So ayah aku dengan adik aku ni da semangat nak cuci pintu ni, baru nak start cuci, or da start cuci, pintu kaca tu pecah sejuta (tempered glass so brittle and tend to break into millions pieces, so careful people).

style tempered glass kalau pecah~


So adik aku ni tengah pegang pintu tu, mengikut cakap ayah aku, pintu tu pecah tiba-tiba. So tangan adik aku ni agak teruk jugak la, nasib baik tak kena muka. Maybe dia cuba nak halang dari kaca kena ayah aku kot, sebab tu dia banyak kena. And Alhamdulillah, ayah aku just luka-luka kecil, melecet sikit-sikit kat kaki.

Yang buat aku lagi sebak, adik aku tu tengah ambil SPM, da tu camne dia nak jawab peksa nanti? So aku pun tanya dia :

Aku : acik, tangan luka tu camne nak jawab SPM?

Adik aku : owh takde pape sangat, da sapu ubat. Exam tinggal lagi 2 paper je, khamis depan, sempat sembuh ni.

Aku : hmm~ ok ok. Jaga kesihatan tu elok-elok.


Haish! duduk jauh kan, dapat tengok dari gambar je la. Sedih tak dapat nak tolong.

So kepada semua, hati-hatilah masa handle tampered glass. Macam-macam leh jadi.

Ok lah! Aku nak sambung study~

Chow-chin-chow!

Friday 18 November 2011

Why Imperial College London?


Imperial College London


Ni aku ada satu cerita yang aku rasa super-lucu and ada kebenarannye. Aku dapat email ni dari kawan aku masa kerja dulu. Lepas baca email tu, aku terus tergelak sampai sakit perut. Kawan aku ni tau aku nak sambung belajar kat Imperial College, sebab tu dia gatal pergi hantar kat aku.

Memang saja cari nahas~

So korang baca la ye.

Email tu berbunyi camni:

Gua tak ingat bulan berapa sebenarnya budak Zamal (bukan nama sebenar) ni masuk kerja di kompeni yang gua kerja.Paling gua ingat, gua kena bagi tunjuk ajar pada Zamal ni sebab pengurus kanan suruh dia kerja dalam pentadbiran department gua. Kedatangan Zamal pada hari pertama menimbulkan ketaksuban pada pengurusan kompeni. Dia baru tamat pengajian dari Imperial College, London dalam kursus Mekanikal Engineering. Sebelum ni, pekerja-pekerja di kompeni gua kebanyakannya dari latarbelakang universiti tempatan, kalau ada latarbelakang luar negara pun universiti yang biasa-biasa tahap tak boleh pergi.

Takdak la hebat setara mana, macam universiti dalam negara je dia punya pandai. Kalau ikut sejarah kompeni gua pulak,tak pernah lagi ada budak balik dari Imperial College London terus masuk kerja disini, kecuali budak Zamal ni. Entah siapalah yang ajar dia buat perkara bukan bukan macam tu.
Gua nak beritahu sikit, Imperial College bukan tempat biasa-biasa. Dalam setahun empat lima ketul saja pelajar Malaysia yang dapat masuk. Kalau lu orang nak Google, sila taip "Imperial College", ada lima juta link berlagak untuk lu orang baca. Budak melayu nak masuk situ masyaAllah punyala susah gila babi. Kalau kapasiti otak macam gua, mungkin gua layak untuk jawatan supervisor di gym College Imperial. Itu pun dapat kerja bukan sebab otak, tapi sebab struktur badan yang sesuai dengan kerja gym. Setiap tahun pula, boleh kira pejam mata berapa kerat budak budak melayu desa yang masuk belajar sana, seorang mungkin. Lu orang boleh agakla budak Zamal ni pandai dia macam mana. Hari pertama Zamal.

Pengurus besar panggil gua masuk bilik, masa tu Zamal dah pun ada dalam bilik. Pengurus besar suruh gua bagi tunjuk ajar pada Zamal macam mana nak cari makan dalam kompeni. Gua hangguk-hangguk tak banyak menjawab. Pengurus kanan menyambung perbualan dengan Zamal hal-hal yang susah gua nak faham seperti teori kapitalis dan impak pada kompeni, strategi perniagaan untuk jangkamasa panjang, kepimpinan global, analisis ekonomi dan kesannya pada GDP negara, serta pelbagai perbincangan lain yang bertaraf Tun Mahathir.

Sebagai pekerja senior dari Zamal dan banyak pengalaman hidup, gua mengambil sikap serious sambil berkata 'Betul tu Zamal..' setiap kali Zamal selesai memberi buah fikiran. Walhal pembacaan gua terhad ke harian Metro saja.
Setelah selesai perbincangan arah tuju Malaysia selama 2 jam, gua keluar membawa Zamal pergi jumpa budak-budak lain dalam department. Sorang-sorang muka tekulat bila gua beritahu Zamal ni budak Imperial College.Tak berani langsung mereka nak tunjuk kemahiran berbahasa inggeris depan Zamal. Semua mengambil langkah selamat dengan bertutur dalam bahasa melayu kolumpo. Nampaknya, asal usul tempat pengajian boleh juga menentukan taraf hidup seseorang di mata kawan-kawan. Sebagai contoh, kalau gua sekolah agama, dengan automatis kawan-kawan bukan sekolah agama bersangka yang gua ni ustaz. Nak mengorat makwe pun tak boleh cari yang hype, nanti apa pulak kata orang. Akhir sekali, gua bawak pula Zamal jumpa Kak Imah. Beliau merupakan kerani am department, bekerja secara kontrak yang dua tahun sekali kena renew. Umur Kak Imah sudah lewat 30'an, dan fakta paling pahit untuk ditelan adalah beliau tak makwe langsung. Gua kenalkan Zamal pada Kak Imah. Sebelum tu gua dah beritahu Zamal, walaupun Kak Imah ni tak berapa makwe pada pandangan mata kasar dan dia belajar pun tak pandai sampai masuk universiti macam budak-budak Uitm, namun kita kena hormat dia. Kalau nak bercakap biar elok-elok, tak boleh banyak bahasa inggeris sangat nanti dia kecik hati. "Lu tak payah tunjuk sangat Imperial College lu tu dengan Kak Imah , borak hal-hal kampung saja.."

Begitu pesan gua pada Zamal.
"Kak Imah, ni budak baru masuk kerja tempat kita..nama dia Zamal"

Gua kenalkan Zamal pada Kak Imah yang tengah lalai main solitaire depan komputer.
"Ooohh..selamat datang Zamal"

Balas Kak imah mesra.
Selesai berborak serba sedikit hal rumah dimana dan adik-beradik berapa orang, pengurus besar panggil semula Zamal masuk bilik. Nak sambung berbincang lagi agaknya.

Gua pun macam nak blah sebelum Kak Imah tanya gua

" Zamal ni dulu belajar mana?"

Ahh..lupa pula gua beritahu tadi pada Kak Imah.

"Dia budak Imperial College tu Kak Imah"

Gua jawab bersungguh.

Seperti yang gua agak, macam orang-orang sebelum ni, Kak imah pun bertukar muka jadi hairan. Gua tahu, kak Imah pun sama fikiran macam pengurus besar, pengurus kecik dan budak-budak department yang belum boleh terima ada brader Imperial College sanggup kerja dalam kompeni ni. Gua biarkan saja Kak Imah bekerut-kerut terperanjat mendengar jawapan gua tadi.

Dengan dahi berkerut Kak Imah membalas:

"Laaa....kolej je ke??..mati-mati tadi akak ingat dia budak universiti!."

Gua punya sebak waktu tu jangan cerita. Baru gua sedar, Imperial College tu sebenarnya bukanlah ada apa sangat pada pandangan Kak Imah, mungkin sama macam belajar di College Intec, atau setidaknya sama taraf dengan Kosmopoint.

Foot-note:
Zamal pernah tanya gua ,dia hairan kenapa kak Imah suruh dia belajar part-time sambung degree di Uitm?. Demi menjaga hati semua, gua cuma diam tak komen apa apa.

A Night To Remember -181111-


Hari ni, aku dengan wife decide nak pusing-pusing Kota London. So dari pagi aku da kat school sebab ade diskusi.

Huh~ no life la dorang ni, asyik diskusi je. So nak taknak, terpaksa la datang.

So after habis diskusi, solat jumaat kat Prayer Hall, then aku dengan wife terus mengorak langkah seribu pusing-pusing Kota London.

Kiteorang start dengan lunch dulu dekat Malaysian Hall (tu je tempat makan murah). Then kiteorang ke High Street Kensington, kawasan ni banyak kedai-kedai macam dekat Bukit Bintang tu. Aku nak cari snowcap sebab suhu semakin menurun, kepala aku kena jage, ade migrain, sejuk sikit, die krem, hahahahhaha!! alasan! cis!

So lepas pusing-pusing, dapat satu cap, aku beli kat Uniqlo £8.90. Murah kot. Tatau la if ade lagi murah, tapi aku beli je sebab da tak tahan, asyik pening je.

Ni la snowcap aku, biasa je. Murahan punye~


So after that kiteorang pun jalan-jalan ke Oxford Street. Wife aku nak pergi Harrods, dia kate cantik Harrods malam-malam gini. Aku pun ikot je la.

Naik tube dari High Street Kensington~

Keluar je dari tube station, aku tergamam,

Burberry!

Owh man~ this is my favourite. Why! Why!

Aku tak dapat beli, duit takde. Isk isk. Dapat tengok dari luar pun jadi la T_T

Kiteoran pun berjalan ke Harrods. Sepanjang-panjang perjalanan memang ramai orang and most of them holding high-branded plastic/paper bag.

Shish~

Burberry~

Gucci~

Emporio Armani~

LV~

Hermes~

Chanel~

etc etc~



Mane la dorang dapat duit ni. Pelik aku. Cakap recession bagai.

Heh~ (orang takde duit memang sedap mengomen~)

So disebabkan aku ni kira macam tourist, aku pun ambil la gambar sikit-sikit.

Harrods di waktu malam. Tengok orang tu, ramai sungguh~

Harrods

T0urist kan.. ape nak malu, amek je gambar =)

Yang ni aku agak terkejut, mungkin aku sorang je tatau kot, kat dalam Harrods ada Royal Selangor. Pergh! Royal Selangor kot~

Royal Selangor!

Wife aku siap cakap dekat aku : "maybe sultan selangor ade share dengan Harrods kot~"

Aku masuk Harrods pun sebab nak beli macaroons je, wife aku teringin. Dapat la kat dia macaroons tu.

Segala jenis color ada, aku da tak ingat perisa ape semua tu, ade chocolate, ade vanila, ade lemon, ade green apple, ade rasberry, ade pink, purple.......... Owh kat sini if nak halal macaroons, boleh pergi beli kat Harrods, name kedai tu Laduree.


After that aku pun cari coffee shop, saje lepak-lepak style orang kaya. Hahahaha. Jumpe Costa, terus order Caramel Latte (favourite aku dekat sini) and lepak dengan wife sambil buat blog. Untung sini sebab internet dia boleh tahan laju, and macam-macam boleh tulis. Kali ni punya kira ad-hoc je. Tibe-tibe je teringin nak buat blog =P

Hamek kau~ Caramel Latte massimo! Aku rase macam minum pakai besen je. Hahaha!

Around 7pm camtu, kitaorang pun beredar pulang, jalan-jalan kat Oxford Street sampai la ke South Kensington Station. Before balik, aku bawak wife aku pergi tengok ice-rink dekat dengan school aku. Happy dia sebab dapat tengok ice-rink open-air. Tapi silap, jangan ajak aku sebab aku tak reti benda alah ni. Kang buat malu Malaysia je duk jatuh-jatuh.



This kid playing with penguin~ cute~

So hari Jumaat ni aku habiskan masa aku dengan wife aku berjalan-jalan. Saja release tensi belajar and da lama tak berjalan dengan wife aku.

So today end with this blog~

Happy! tomorrow start belajar balik *sigh

Wednesday 16 November 2011

Imperial College, Gah diMata Dunia!

TAHNIAH MALAYSIA!

Aku dapat good news yang Malaysia menang lawan Indonesia masa aku dalam class. Sempat terjerit kejap tapi kaver konon-konon batuk.

Anyway! Congratz Malaysia!

1-0 pon jadila~ Macam kawan aku cakap "It doesnt matter how your player play, the important thing is that they win and you lose!"

Nice!

Hahahahaha!

Ok second good news is adik perempuan aku yang amek UPSR dapat 4A, 1B. Bagi aku hebat la tu sebab tengok kat die yang selalu main fesbuk, pastu macam tak belajar, tapi dapat 4A.

Anyway, Tahniah jugak kat Dyna! Pasni boleh belajar rajin-rajin lagi~

OK enough with that, disebabkan berita tu, aku macam tergerak nak "show-off" sikit universiti aku.

So hari ni aku nak post live feed photos from school. Maybe ramai yang tahu Imperial College London is one of the best University in the world, and aku memang cari pasal masuk sini. Hahahah! Met one friends at Surau, dia amek Masters in Nuclear, also malaysian, pun cakap benda yang same cam aku "apesal cari pasal masuk sini~"

Anyway, ilmu tu keperluan, selagi ada nyawa, timba lah ilmu sebanyak mungkin. Eceh~

Ok aku start dengan school aku, ni Skempton Building. Bangunan ni old-school sket, ye la bangunan lama kan. So every lecture yang aku masuk, semua akan relate dengan building ni, aku tatau ape pasal, maybe ade history disebaliknya.

Skempton Building. Being named after the late Sir Alec Skempton. Father of Soil Mechanics.


Sini lah semua kelas untuk civil engineering di jalankan. Dari undergrad sampai la ke phD. Equipment semua lengkap. Siap boleh control temperature tu dalam lab, memang keWL~ gila.


Structure Lab. Macam gudang pun ada.

Class dorang macam biasa je, ade jenis macam dewan kuliah, ada macam hall, tapi semua class boleh handle about 50 students at once. And this year, they got 52 Post-Grad students that came from all over the world! but majority is Greece. They are great and brilliant. Superbly! and of course perempuan dorang seksi~ (bagi aku la, tatau la bagi orang lain camne)



Ni time presentation. Sekali present, 8 to 9 person present. Each person got 1minit untuk present, memang macam roket la masing-masing cakap. So aku da tak berapa nak paham, aku snap satu pic. Owh mamat yang tinggi tu, memang tinggi gila! Dia masuk class kena tunduk kepala, if not, memang *dush* la~

Kita pusing-pusing lagi Skempton Building, ok bawah ni adalah gambar dewan kuliah size mini dorang, gambar dewan kuliah size besar aku tak sempat nak snap sebab masa tu ada class. Yang ni pun ada class gak, tapi lecturer tak masuk lagi, boleh nampak aku tengah bersenang-lenang main internet. Owh sini WiFi every where~ so dalam jamban pun ada internet.


Mini Lecture Hall (Dynamic Class)

Sekarang kita berjalan pula ke foyer dorang. Gambar bawah ni adalah foyer and also connection between all engineering building. Yang biru tu adalah bangungan Building and Construction, depan tu Electrical, belakang aku ni bangunan Mechanical, sebelah kanan aku tak pasti, Business maybe. Aku jarang lepak foyer ni sebab malas nak berjalan dari skempton building.


Foyer


Ni adalah Queen's Lawn. Masa musim panas or cuaca agak panas, padang ni akan penuh dengan students untuk lunch termasuk la aku. Janggal jugak masa nak makan duduk bersila atas rumput, tapi siap ada yang tido lagi. So mase ni da takde orang sebab suhu semakin menurun, masing-masing lari masuk building.


Ni pulak adalah Queen's Tower. Hmm i dont know about the history of this tower.

Ni adalah tempat lepak aku. Sambil-sambil makan lunch, sambil-sambil cuci mata. Ngadap aku tu adalah Central Library and sebelah kanan ni adalah cafe. Tapi aku tak pernah makan kat situ, bawak bekal. Saving beb!


Tu je la kot yang aku sempat buat untuk hari ni. Aku rase masa sekarang berlalu dengan sangat pantas. Sedar-sedar esok da jumaat. Aiseh! gerun beb.

So aku tamatkan cerita hari ni dengan gambar Kad Matriks aku.

hahahahah!


Biar bulat, asal bergaya~