Tuesday 25 October 2011

Level 1-4 : Ending of Introduction

Ni adalah gambar Station Tower-Hill yang aku ambil guna Panoramic-View (betul ke?)

So masa kitaorg sampai London adalah peak hour orang pergi kerja, so bayangkan la dengan beg besar badak sumbu + orang berpusu-pusu masuk tube nak pergi kerja.

Orang putih tu mesti dalam hati dorang "time orang nak pergi kerja ni la plak dorang nak angkut beg besar-besar, duk diam-diam kat rumah takleh ke?

Maybe la kan sebab tu yang biasa aku buat kat Malaysia if nampak orang angkut beg besar masa time peak nak pergi kerja. Dalam LRT tu da la macam sardin, nak gerak even seinci pon, da berlaga ponggong dengan orang lain *sighs!

Kteorg pun dah gelabah masa tu tapi still maintain cool sebab dalam mode tourist kan, baru sampai UK la katekan. Tapi dalam hati siapa yang tau~ dah macam "huh, camne nak keluar ni?"

Sesampai je kami di Barons Court, aku nervous punya pasal terus tarik beg-baju keluar (ingat, kami ada 3 beg, Beg-Baju, Beg-Makanan and Beg-Kecil.. owh satu lagi, Beg-Galas kali 2).

Pusing je belakang, nak tolong wife pulak, sekali pintu tube tutup! Aku ingat lagi suara robot tu cakap "please stand clear of the door"

Aku pun ape lagi, terus la jerit
"alamak! Isteri aku dlm tube! Beg-Makanan pun dalam tu jugak! Bukak balik!!"


Entah ape magic, pintu tube terbukak balik. Terus aku ambil beg-makanan bawak keluar. Hahahaha pastu of course la isteri tercinta. Memang pengalaman pahit first day sampai UK. Haish!

And nasib baik takde orang Malaysia or orang yang paham bahasa melayu mase tu, kalau tak naya aku. (still Malaysian, ada je nasib baik tu~)

Hahahaha lucu!!

Thanks Encik-Driver-Tube sebab bukak balik pintu tube untuk isteri saya.

Kteorg pun teruskan journey ke Barking (East London) yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 40min dari Heathrow Airport Terminal 4.


Ni gambar masa sesampai di Barking. So ambil gambar dulu sikit. Owh ni wife aku.. heheheheh peneman aku dekat UK ni..

And then, sesudah smpai di Barking, aku terus call abang kepada kawan aku masa belajar kat UiTM dulu. Kteorg ni terpaksa menumpang dekat rumah dia dulu semantara dapat rumah sewa. Name mereka adalah Abang Najib & Kak Fizah. Mereka dikurniakn seorang anak lelaki yang super-comel-blh-ckp-german-walau-baru-3-tahun huh! Hebat gile kan!. Hahaha joking, die bukan cakap German, tapi cara die cakap tu ade bunyi-bunyi German and he's so funnnnyyy!!


Ni adalah beliau pada bulan September lepas. Tengok la gaya tu~

"uncle uncle, daaaaa pecah~" <--- Favourite sentence die~

owh Mizan ni jugak selalu tersalah panggil orang, so if die panggil korang daddy, korang jangan terkejut. No worries sebab dia panggil parents die Papa and Mama (rasenye la)

Hidup die adalah :

1) iPad 2 (ibu dia punya. Ni wajib!)
2) Thomas and friends
3) Buzz Lightyear
4) Woody

Memang takkan kekok la kalau jumpe budak ni. Owh name die Mizan. Kadang-kadang aku rase macam dah panggil agung plak. "mizan, tengah buat ape tu?" macam "DYMM Tuanku Mizan, tengah buat ape tu?"


Ni adalah gambar Mizan paling latest di ambil masa kteorg pergi open house rumah Kak Timah, masa ni la aku dapat makan makanan Malaysia yang pelik-pelik eg: Pengat Durian (bagi aku pelik kot sebab kat Malaysia pun jarang makan, sekali dapat makan kt UK)

Nyaaahahahhaha!! Ok enough~

So kteorg pun menetap la dekat rumah Abang Najib. Disebabkan perbezaan masa antara Malaysia dan UK adalah 7 jam, so mase kteorg sampai dekat rumah Abang Najib ni pukul 10am waktu UK, mase tu da pukul 5pm Malaysia, lapar tahap tertinggi la wei sebab tak lunch lg!! Tapi ngantuk punya pasal, mata aku da kuyu-kuyu masa ni, padahal baru pukul 10am.

Abang Najib pun agaknye paham kot, so die suruh kteorg rest dulu (thanks abg najib & kak fizah sebab bagi pinjam katil untuk kami tidur!)

Bangun-bangun dah pukul 230pm, solat zohor & kteorg pun keluar jalan-jalan. Saja-saja tengok bandar Barking yang kecil molek ni tapi penuh dengan orang. Pusing-punye-pusing-punye-pusing, tiba-tiba wife aku tarik aku, die tunjuk "awk awk, ade KfC!! Die tulis halal!! Jom jom!!"

Aku pun pelik la, punye la jauh terbang sampai ke UK, KFC die nampak dulu. Hahaha anyway wife aku ni memang hantu KFC, dari dekat Malaysia lagi die memang gile dekat KFC. So first meal aku kat London adalah KFC made in UK. It is without mash potato and coleslaw. Kecewa! Tapi ayam die agak ok sebab even though makan part dada, tak muak. And dorang takde cili sos! (so sesape nak makan KFC dekat sini, bawak cili sos bersama anda!) Makan dengan ketchup/sos tomato and garam and black pepper.


KFC uols~!


Huh! Ok rasenye untuk first day dekat London dah habis, so part 1 of my story end here!

To be continue for Level 2 of my life.

Level 2-1 : bermulalah journey aku di Kota London

-end of part 1-4-

Thursday 20 October 2011

Level 1-3 : Perjalanan Ke UK~


Kepada Encik Nashirf,


Sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa anda
Berjaya menerima biasiswa Tenaga Pengajar Muda.

Tahniah.


Baru baca first sentence, da menjerit sebab berjaya!!

Yeay!! Happy Happy!!

But then, baca second sentence,

Tajaan hanya untuk universiti dalam negara.

Yaa!! Seriously "DALAM"

Owh man!! Maknanye takde la dapat scholar nak pergi oversea. Kecewa~ kecewa~

T_T

Then call uni buat rayuan, after few rayuans, memang confirm tak dapat. Makcik yang uruskan application aku tu pun da fed-up asyik dengar aku call buat rayuans. Anyway, thanks Makciks sebab sanggup layan saya.. hahahahah!!

Then after few weeks in kecewa mode, I'm thinking of calling MARA, whether is there any scholarship given for 2011 intake. Call punya call punya call... Tiba-tiba this one lady on the other side of phone angkat, aku pun terus tanya macam-macam, kiranya macam kalau tengah berperang tu, tak sempat buat apa-apa, nampak orang terus tembak dengan mesin-gun.

Suddenly she said :
"encik boloh datang ambil borang di pejabat kami"

Aku kaget kejap, betul ke gadis misteri ni cakap? ke aku kena prank ni.. so aku confirmkan lagi sekali.

"Betul ke borang untuk scholarship dah keluar?"

"Ye encik, kami baru je buka application, tapi sebelum tu boleh saya tahu universiti mana encik pergi?

"Owh saya dapat sambung belajar dekat Imperial College London"

"Kejap saya check............"

................................................................................................ lama la pulak gadis misteri ni check wei!!

"Ok, universiti encik ada dalam senarai, encik boleh datang ambil borang"

Hooo yeah!!

Lagi sekali aku menjerit!! <--- masa ni kat opis, so macam orang gila la kan tengah-tengah semua orang senyap konsentrate buat keja, aku gi jerit. Macam menang loteri RM100juta je.. hahhahahaha anyway, aku dulik ape, peluang sekarang da 50-50 nak dapat pergi sambung belajar.

Terus aku pergi bangunan MARA ambil borang, isi, potostat, submit!! Done in 2 days only. Punya la semangat tahap gaban!

Then wait wait wait wait wait!!

Early February 2011, they called me:

"Tahniah Encik Nashrif, permohonan anda berjaya, sila datang ke pejabat kami untuk ambil surat perjanjian"

"Betul ke encik? betul ke? betul ke?"

"Betul, sila datang opis saya ambil"


Ini adalah surat daripada MARA. Affidavit ni sangat penting~


and ni pulak surat dari Imperial College London..


And now this is big YEAH!!

Hoooo YEAH!!

Gigil-gigil drive pergi pejabat MARA ambil surat. Wah happy gila masa ni. Memang rasa kalau tak kuat iman, boleh jadi gila meroyan ni. Hahahahaha!!

Few weeks later, submit everything and now ready for visa application.

OK! Part visa ni yang sangat menakutkan. Some people said ade yang tak lepas, ade yang no refund. Its RM1310 per person. PER PERSON!! And I'm going with my wife. So do your math!

Mase tu doa + tawakal + solat hajat je sebab takot tak lepas.

And Alhamdulillah, semua berjalan lancar, visa kitorang lepas, scholarship lepas, ticket flight dah beli, makanan-makanan stock untuk setahun dah bli, beg besar dah bli etc etc...

Kemas punya kemas punya kemas, beg overweight! Hahahahaha

Total luggage weight for both of us = 40kg + 10kg hand luggage (given)

Total luggage weight yg kteorg bawak = 52kg + 15kg hand luggage.

Owh dammit!! Banyak gile lebih!!

Nervous! Nervous!


Ayah pesan "banyakkan doa, senyum je depan kaunter tu, insyaALLAH berjln lancar"

Mak pulak pesan "buat slumber je, macam takde pape berlaku"


And its true!! Lepas dengan jayanye. Then mula menyesal sebab banyak barang terpaksa tinggal takot tak lepas.

Shish!

Hahaha maybe doa dari parents in law + parents + sedara2 + kwn2... Sebab tu lepas V(^_^)V

Then da check-in, mula la sedih-sedih, hahaha setahun je pun nak pergi, tapi sedih macam dah tanak balik Malaysia. Anyway, di pendekkan cerita, aku & wife pun salam-salam semua orang, peluk-peluk, cium-cium sikit, dengar kata-kata nasihat dari orang-orang tua, and macam-macam lg la... Kteorg pun terus ke Gate untuk masuk dalam perut kapal terbang.

Mulalah perjalanan 13 jam aku dr Malaysia ke UK untuk pertama kalinya dalam hidup ni. Mula-mula sedih, then excited, then sedih balik, then jadi nervous sebab tak pernah pergi tempat orang, then jadi happy seabb first time beb!, then..... Sedar-sedar dah landed

Mula terasa sejuk... bbrrrrr!!

Kteorg pun jalan terus ke UKBA iaitu UK border agency. Kat sini dorang check visa & passport. So mase ni la korang kena tunjuk konfiden level yang tinggi. Jangan gagap-gagap!


Pegawai : where r u going to stay? Do u have place to live?

Aku : yes i do! Im going to barking straight away.
(eceh kecek omputih tu~)

Pegawai : olrait. Thank you. Welcome to
London. Hope u enjoy it~

Aku : sure sure~ (slang british da kuar sket2)



Hahahaha so macam tu la aku masa nak lepas UKBA. Terus pergi ambil luggage yang berat macam hape, jalan ke kastam.

Haaaa lagi satu rintangan. Dorang kata kastam kat sini slalunye suruh bukak beg, nak tengok isi dalam beg bagai takot-takot bawak dadah ke, so aku doa-doa harap kastam tak nampak aku. Doa termakbul!! bukan kastam tak nampak aku, aku yang tak nampak kastam!!

Jeng jeng, disebabkan aku sampai pukul 550am, takde sorang pun staff kastam kat situ. Nice huh! (tips tu!!)

Hahahahah!!

Kteorg terus jalan keluar tak tengok belakang dah.

Jejakan kaki pertama di heathrow! aku tinggal wife & beg semua dalam building, aku gi lari keluar entrance.. saje konon-konon nak ambil udara London.... hahhahahhaha sejuk!! (first time sampai negara orang kn...)

Ni kat Heathrow Terminal 4, arrival from Malaysia.


Happy!! Sejuk!! Nervous!!

OK bawah ni steps aku masa mula-mula sampai Heathrow, UK:

1) beli simcard harga £10 without isi, cis kena tipu bengong! Kat luar £5 siap ade isi topup lagi.

2) beli air mineral water £1. Biase je £1 tu kat sini. Tapi kalau convert, jadila rm5. Hahahah 500ml je kot. So jangan pandai-pandai nak convert, memang mati kebulur korang kat sini.

3) cari signboard nak naik tube. Pusing2, naik lif, turun lif, jalan-jalan then jumpe tube~ hahahhaha jangan risau ade signboard kat situ.. besar lagi!

4) beli oyster card. £5 per card. Then terus topup £10. Sistem oyster card kat sini macam touch n go kat Malaysia, tapi dia deduct by Zoning. So nanti aku akan cerita kat entry lain.. tunggu!!

Ni adalah oyster card aku. Mula-mula kena beli yang biru dulu, tu untuk orang biasa. Disebabkan aku ni luar biasa, so aku dapat yang hijau tu.. hahahha~ anyway, tu student punya!


5) ambil gambar kat sign "Underground" sementara tunggu tube. Jakun la katekan.

Okay nampak gemuk, biasa la, sejuk, pakai baju tebal~ =P


6) naik tube. End of story.


Masa naik tube ni, kteorg kena turun kat Barons Court sebab nak tukar tube ke Barking. And then... something happen yang sangat-sangat mendebarkan.........

~end of part 1-3~