Sunday 25 September 2011

Level 1-2 : E-Mail Misteri

Sampailah satu hari tu, aku dapat e-mail dari seseorang.....


Ianya dari Dean of my faculty back at UiTM, Dr. Z.


Ya... I Love UiTM~


UiTM DiHatiku~

Hehhehehe ok sambung~

Dalam email tu tertulis:


"Salam Nashrif & Geng, saya ingin menjemput anda semua ke majlis perkahwinan anak saya pada hari sekian, haribulan sekian sekian, tahun sekian sekian. Disertakan juga di dalam email ini alamat,kad jemputan dan peta untuk memudahkan kamu mencari rumah. Salam kepada semua dan diharap dapat berjumpa di majlis nanti, terima kasih"



Hoh! WTF! Dean hantar email kat aku jemput ke majlis anak dia kahwin. Hahahaha mana dia dapat email aku? Ok stop with cerita ngarut!


Then aku pun reply email dean, saja-saja try tanya ada tak scholar dari universiti. Tiba-tiba Dr.Z call aku, dia suruh datang office dia, lagi senang nak berbincang. Aku pun ape lagi, terus set appointment dengan Dr.Z & amek leave dari company (Hehehhe syok! Cuti!). So preparation untuk submit apa-apa je aku da ready, CV, resume, sijil-sijil, surat sokongan, gambar ukuran passport, photostat I/C etc etc.


Sampailah hari appointment dengan Dr.Z!


nervous nervous~


Sharp pukul 2pm aku da tercongok kat depan office dia. Hahaha excited punya pasal padahal tatau pasal ape lagi. Satu lagi excited sangat sebab datang balik kat universiti after almost 1 and half year tak jejak kaki. Kiranya jejak kasih la, jumpa kawan-kawan yang sambung master, makan kat cafe, lepak labcom~, masuk lab tanah (ye lab tanah ye kawan-kawan), dan macam-macam lagi aku buat masa gi UiTM tempoh hari.


Ok sambung depan office dean, then Dr.Z pun panggil aku masuk. Kitaorg mula bual-bual kosong, dia tanya aku camne, aku tanya dia camne... So sampai la klimaksnye~

Dr.Z : Nashrif, hari tu kamu tanya if universiti ada offer skim tenaga pengajar muda kn? Application baru je ditutup minggu lepas. If kamu bagitau awal sikit, maybe saya boleh forward application kamu ke senate.

Aku : aisehmen! Ye ke Dr.Z. (kecewa kecewa)

Dr.Z : Tapi.... Saya ada borang TPM ni, kamu isi depan saya. Resume, cv, photostat I/C, sijil-sijil and gambar ukuran passport ada bawak?

Aku : Ada ada. Saya da ready semua benda, incase kena submit borang. Hehehe (berseri-seri balik)

Dr.Z : ok isi sekarang, takpe, dorang tulis permohonan ditutup tu sebab dorang nak process application, so sempat lagi if saya submit kamu punya application


Ok habis cerita aku isi borang and submit semuanya... sekarang tunggu untuk tahu outcome dia pulak. Berdebar-debar...

After 2 weeks, aku dapat phone call dari universiti cakap permohonan aku sedang dibincangkan/diusulkan didalam meeting senate.


Fuh! Senate tu!! kirenye macam Jedi Council la kot~ hahahaha





Tunggu punya tunggu... Tiba-tiba ayah aku call (masa ni da kawin, duduk rumah lain, so tak tau ade surat sampai umah) bagitau ada surat dari unversiti. Description ayah aku tentang surat tu:

1.Tebal
2.Besar
3.Official dari universiti sebab ada logo universiti and takde setem.


Hahaha so aku pun suruh ayah aku bukak surat tu, tak sabar da ni nak tahu content dia. Ayah aku pun bukak & baca isi kandungan surat tu...


Kepada Encik Nashrif,

Sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa anda....................




~end of part 1-2~

Wednesday 21 September 2011

Level 1-1 : Searching For Scholar


So....

Mulalah aku mencari sumber-sumber kewangan untuk aku bayar fees and also nak support hidup aku kat UK nanti. Banyak jugaklah tempat yang aku cuba, semua jenis scholarship, loan, pinjaman pelajaran, skim tenaga pengajar etc etc.... aku apply.

Dari sebesar-besar syarikat sehinggalah orang-orang persendirian (punyalah semangat nak sambung belajar~)... hahahahah! Most of the scholar are for undergrad.... semakin kecewa aku disitu~ tapi bila ada iklan untuk postgrad... tak sempat la plak nak apply (T_T)

Aku start collect newspaper, segala jenis paper ada (sebab ramai yg bagitahu, dalam newspaper ade iklan-iklan untuk scholar.. so tips kepada semua, rajin-rajin lah baca paper!). Then, jeng jeng jeng... ade satu iklan terpampang didalam surat khabar "M"

"Yayasan D ingin Menawarkan Biasiswa Kepada Pelajar yang ingin Menyambung Pelajaran di Peringkat Sarjana di Dalam dan di Luar Negara. Sila Layari Laman Sesawang Kami"

!! wink wink !!

Aku melompat-lompat gembira. Terus aku apply masa tu jugak. Then print semua benda yang diperlukan, segala jenis sijil sampailah aku punya karangan peribadi untuk di submit. Esoknya.... aku terus call Yayasan tu untuk submit, dorang suruh direct ke ofis dorang.

DONE!

Few days later, wakil dari Yayasan tu call untuk phone interview. Selama 20 minit aku di interview melalui telefon "bla.. bla.. bla.. bla... saya akan hubungi anda semula jika anda di shorlistedkan, terima kasih." Tunggu punya tunggu... Dalam few weeks after that one girl from this Yayasan call me cakap dorang tengah review application. My application a bit susah nak lepas sebab fees terlampau tinggi, girl ni cakap, dorang kena consider application lain jugak.

Dalam hati aku terdetik:

HUH! Just like that? Eventhough u know they deserved it?

Sampai la sekarang Yayasan tu tak call balik. Banyak kali jugak aku follow-up, tapi jawapannya tetap sama,

"application anda sedang di process, terima kasih"

Sedih jugak sebab harapan nak sambung belajar semakin tipis. Tp aku selalu ingatkan diri aku supaya tak putus asa.

Never Give Up Nash!!

Sampailah satu hari tu, aku dapat e-mail dari seseorang......

~end of part 1-1~

Monday 19 September 2011

Level 1-0 : Introduction

Assalammualaikum!

Olrait! Blog ini akan mengisahkan perjalanan hidup aku di negara orang yg pertama kali aku jejaki. Cita-cita dari zaman sekolah sudah hampir tercapai.

"AKU INGIN BELAJAR DI NEGARA ORANG DAN MENIMBA ILMU SEBANYAK MUNGKIN!"

Kisahnya bermula selepas tamat universiti. Aku menghabiskan 5 tahun setengah untuk mendapatkan segulung ijazah dan alhamdulillah, hasil berkat usaha dan doa dari parents, aku berjaya menghabiskannya dengan cemerlang.

Convocation Day
Ni gambar aku dgn wife aku, tp masa ni belum kahwin lagi... hahahhaha so kiteorg grad sama-sama.

Then, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat engineering consultant di KL. Selama 2 tahun di sana, banyak ilmu yang telah diperturunkan kepada aku dan banyak juga ilmu-ilmu yang aku dah serap dari senior-senior kat situ. And to be frank, environment tempat aku kerja sangatlah best! semua macam memahami, then masing-masing rapat. So masa nak keluar dari Company tu sebab nak sambung belajar, ada gak la rasa sebak di dada. Anyhow! this is the path that i choose, so kena la terima dengan hati terbuka.

The Intermark
So this is the view from my office, at 24th floor The Intermark, unfortunately, kiteorg kena pindah office ke tempat lain.. hahahhaha gambar office baru tak sempat ambil sebab dah nak berenti :-P

Sambil-sambil kerja, aku cuba apply masters study kt uni-uni oversea, and lucky me, i've been accepted untuk sambung masters di Imperial College London.



Mata bersinar-sinar masa dapat Offer Letter ...... Then sampai pulak invoice... Stated the amount of fees that i need to pay. And the fees are 2 times higher than other uni.

£23,000

Hoh!! Terbeliak mata O_O

Ok sedikit ketar-ketar sebab duk pikir camne nk bayar fees. Diskus sikit dengan ayah, uncles, aunties, sepupu sepapat, and conclusionnya....

AKU TAK DAPAT SAMBUNG BELAJAR!

So aku terus email Registry IC cakap yang aku tak dapat nak bayar fees. Fullstop!

Then, few days after berkabung sebab sedih tak dapat pergi London, aku received email from Mrs. Tarmis Barden, Registry for Civil and Environmental Engineering saying that, my application has been deferred to next semester intake, we hope to see you next year (2011).

Woooo!!!

Then bermulalah journey aku mencari sumber-sumber kewangan untuk sambung belajar.

To be continue.......... ^_^