Sunday 25 September 2011

Level 1-2 : E-Mail Misteri

Sampailah satu hari tu, aku dapat e-mail dari seseorang.....


Ianya dari Dean of my faculty back at UiTM, Dr. Z.


Ya... I Love UiTM~


UiTM DiHatiku~

Hehhehehe ok sambung~

Dalam email tu tertulis:


"Salam Nashrif & Geng, saya ingin menjemput anda semua ke majlis perkahwinan anak saya pada hari sekian, haribulan sekian sekian, tahun sekian sekian. Disertakan juga di dalam email ini alamat,kad jemputan dan peta untuk memudahkan kamu mencari rumah. Salam kepada semua dan diharap dapat berjumpa di majlis nanti, terima kasih"



Hoh! WTF! Dean hantar email kat aku jemput ke majlis anak dia kahwin. Hahahaha mana dia dapat email aku? Ok stop with cerita ngarut!


Then aku pun reply email dean, saja-saja try tanya ada tak scholar dari universiti. Tiba-tiba Dr.Z call aku, dia suruh datang office dia, lagi senang nak berbincang. Aku pun ape lagi, terus set appointment dengan Dr.Z & amek leave dari company (Hehehhe syok! Cuti!). So preparation untuk submit apa-apa je aku da ready, CV, resume, sijil-sijil, surat sokongan, gambar ukuran passport, photostat I/C etc etc.


Sampailah hari appointment dengan Dr.Z!


nervous nervous~


Sharp pukul 2pm aku da tercongok kat depan office dia. Hahaha excited punya pasal padahal tatau pasal ape lagi. Satu lagi excited sangat sebab datang balik kat universiti after almost 1 and half year tak jejak kaki. Kiranya jejak kasih la, jumpa kawan-kawan yang sambung master, makan kat cafe, lepak labcom~, masuk lab tanah (ye lab tanah ye kawan-kawan), dan macam-macam lagi aku buat masa gi UiTM tempoh hari.


Ok sambung depan office dean, then Dr.Z pun panggil aku masuk. Kitaorg mula bual-bual kosong, dia tanya aku camne, aku tanya dia camne... So sampai la klimaksnye~

Dr.Z : Nashrif, hari tu kamu tanya if universiti ada offer skim tenaga pengajar muda kn? Application baru je ditutup minggu lepas. If kamu bagitau awal sikit, maybe saya boleh forward application kamu ke senate.

Aku : aisehmen! Ye ke Dr.Z. (kecewa kecewa)

Dr.Z : Tapi.... Saya ada borang TPM ni, kamu isi depan saya. Resume, cv, photostat I/C, sijil-sijil and gambar ukuran passport ada bawak?

Aku : Ada ada. Saya da ready semua benda, incase kena submit borang. Hehehe (berseri-seri balik)

Dr.Z : ok isi sekarang, takpe, dorang tulis permohonan ditutup tu sebab dorang nak process application, so sempat lagi if saya submit kamu punya application


Ok habis cerita aku isi borang and submit semuanya... sekarang tunggu untuk tahu outcome dia pulak. Berdebar-debar...

After 2 weeks, aku dapat phone call dari universiti cakap permohonan aku sedang dibincangkan/diusulkan didalam meeting senate.


Fuh! Senate tu!! kirenye macam Jedi Council la kot~ hahahaha





Tunggu punya tunggu... Tiba-tiba ayah aku call (masa ni da kawin, duduk rumah lain, so tak tau ade surat sampai umah) bagitau ada surat dari unversiti. Description ayah aku tentang surat tu:

1.Tebal
2.Besar
3.Official dari universiti sebab ada logo universiti and takde setem.


Hahaha so aku pun suruh ayah aku bukak surat tu, tak sabar da ni nak tahu content dia. Ayah aku pun bukak & baca isi kandungan surat tu...


Kepada Encik Nashrif,

Sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa anda....................




~end of part 1-2~

No comments:

Post a Comment