Wednesday 21 September 2011

Level 1-1 : Searching For Scholar


So....

Mulalah aku mencari sumber-sumber kewangan untuk aku bayar fees and also nak support hidup aku kat UK nanti. Banyak jugaklah tempat yang aku cuba, semua jenis scholarship, loan, pinjaman pelajaran, skim tenaga pengajar etc etc.... aku apply.

Dari sebesar-besar syarikat sehinggalah orang-orang persendirian (punyalah semangat nak sambung belajar~)... hahahahah! Most of the scholar are for undergrad.... semakin kecewa aku disitu~ tapi bila ada iklan untuk postgrad... tak sempat la plak nak apply (T_T)

Aku start collect newspaper, segala jenis paper ada (sebab ramai yg bagitahu, dalam newspaper ade iklan-iklan untuk scholar.. so tips kepada semua, rajin-rajin lah baca paper!). Then, jeng jeng jeng... ade satu iklan terpampang didalam surat khabar "M"

"Yayasan D ingin Menawarkan Biasiswa Kepada Pelajar yang ingin Menyambung Pelajaran di Peringkat Sarjana di Dalam dan di Luar Negara. Sila Layari Laman Sesawang Kami"

!! wink wink !!

Aku melompat-lompat gembira. Terus aku apply masa tu jugak. Then print semua benda yang diperlukan, segala jenis sijil sampailah aku punya karangan peribadi untuk di submit. Esoknya.... aku terus call Yayasan tu untuk submit, dorang suruh direct ke ofis dorang.

DONE!

Few days later, wakil dari Yayasan tu call untuk phone interview. Selama 20 minit aku di interview melalui telefon "bla.. bla.. bla.. bla... saya akan hubungi anda semula jika anda di shorlistedkan, terima kasih." Tunggu punya tunggu... Dalam few weeks after that one girl from this Yayasan call me cakap dorang tengah review application. My application a bit susah nak lepas sebab fees terlampau tinggi, girl ni cakap, dorang kena consider application lain jugak.

Dalam hati aku terdetik:

HUH! Just like that? Eventhough u know they deserved it?

Sampai la sekarang Yayasan tu tak call balik. Banyak kali jugak aku follow-up, tapi jawapannya tetap sama,

"application anda sedang di process, terima kasih"

Sedih jugak sebab harapan nak sambung belajar semakin tipis. Tp aku selalu ingatkan diri aku supaya tak putus asa.

Never Give Up Nash!!

Sampailah satu hari tu, aku dapat e-mail dari seseorang......

~end of part 1-1~

No comments:

Post a Comment