Monday 31 December 2012

Athens


Happy New Year! Welcome 2013!

V(^_^)V




Alhamdulillah, tahun 2012 memang banyak memberi aku pengalaman manis yang tak mungkin aku boleh lupakan. Semua yang terjadi sekarang ni seperti dalam mimpi. Cita-cita aku tercapai dan ianyanya sungguh manis sekali. Terima kasih ALLAH kerana memberi peluang kepada aku. 

InsyaALLAH one day, I'll come back for another sweet memories...

OK now jom kita sambung pasal Greece field trip. Hmmm~~ maybe ramai yang tak berapa nak tahu pasal Greece ni (sebab aku pun tatau sangat pasal Greece ni.. hehehhehehe) and akan menyebakan korang bosan. But in this case, aku letakkan gambar-gambar sepanjang perjalanan aku di Greece. 

Field trip kitaorang bermula dari Athens dan naik terus Thessaloniki. Perjalanan kitaorang adalah selama 7 hari dan 7 malam. Sepanjang perjalanan, kitaorang akan berhenti di tempat-tempat yang mempunyai sejarah-sejarah tertentu dan yang berguna kepada engineering-wise.

But before field trip in bermula, kitaorang sempat pusing-pusing Athens and aku da ceritakan sedikit di post before ni. Sekarang ni sambungan dia. 

Semasa berjalan-jalan di central Athens, aku ternampak satu pokok ni, macam unik bunga-bunga dia, so kitaorang pun pergi la dekat-dekat sikit, then! rupa-rupanya pokok oren. WAH! pokok oren tanam tepi jalan je. Kalau ikutkan daya, memang aku da petik da buat makan, tapi biasa la kan, negara orang, mana la tahu kalau petik-petik je tiba-tiba polis keluar dari semak samun cakap kita mencuri.. hahahaha.



Ni la pokok oreng yang aku cakap tu. Dorang tanam tepi jalan je. huuu~ 

Then kawan aku ajak pergi first olympic stadium. Dalam pemikiran aku, stadium ni mesti cool amat sebab first olympic stadium kot. So semangat lah kami berlima berjalan-jalan melihat peta tapi malangnya stadium tu sangat jauh di luar bandar. Akhirnya kitaorang pun tukar destinasi. Kitaorang decide untuk pergi Olympieion atau lebih dikenali sebagai Columns of the Olympian Zeus.

Setelah berjalan-jalan hingga basah kuyup ketiak, sampailah kami ke destinasi yang di tuju. Kawasan dia agak unik, nak masuk kena bayar but since kitaorang student, so tiket kitaorang ke semua museum and lokasi-lokasi bersejarah adalah free (free kepada yang ada student ID dari EU university ye!).

YUP! FREE!! 


Entrance.

So basically Olympieion ni dibina untuk Zeus, King of Olympians God. Tapi yang tinggal sekarang adalah column-column dia sahaja. Dari temple ni, kita boleh direct tengok ke Acropolis (refer last post), and dari Acropolis, boleh direct tengok ke Olympieion ni.


So yang tinggal hanyalah tiang-tiang dia. Roof semua da hilang. Sepatutnya ada 104 columns dekat sini, but yang tinggal hanyalah 15. Tiang yang keenambelas ada di atas tanah tertanam. 

Tinggi satu-satu tiang tu adalah 17 meter dan berdiameter 2 meter. So korang boleh bayangkan lah macam mana pada zaman-zaman dulu, dorang boleh bina bangunan-bangunan macam ni. 

Kagum Kagum!


So lepas da berpeluh-peluh tangkap gambar and pusing satu kawasan ni, kitaorang decide untuk balik ke hotel sebab tak tahan. 

Panas + Letih + Lapar = Ngantuk yang boleh buat marah orang.. =P

Ondaway balik ke hotel, kitaorang stop by dekat ada satu bus stop ni, and guess what, dekat bus stop ni pun ada tinggalan sejarah. Memang hebat dorang preserve semua benda ni. Even tepi jalan pun dorang biarkan je. 



Ni adalah tempat mandi or lebih dikenali sebagai Roman Bath. 

Tempat ni dahulu-kalanya ditenggelami air. Kiranya macam pool la kot, tapi sampai certain level je. 

Kalau korang tengok gambar dekat bawah ni, ada macam bangku-bangku untuk dorang duduk and mandi. and lubang tu, kitaorang ramai-ramai sepakat tu maybe lubang jamban dorang.. hahahahahah! 

Tapi siapa yang tahu kan. Ni semua sejarah. 


So habislah perjalanan aku di Athens pada hari pertama ini. Lepas ni aku akan ceritakan pulak macam mana perjalanan aku sepanjang field trip yang sangat adventure and meletihkan itu. 

So looonnnnnggg~~

Happy New Year to everyone! 





Saturday 29 December 2012

Alhamdulillah. New Chapter of my Life


Winter Again and im still here waiting to go back home~


Probably i won't see this again in Malaysia. So this picture was taken as a reminder to me that i once lived in London. Alhamdulillah.


Setelah setahun berhempas pulas melaksanakan tanggungjawab sebagai student, akhirnya aku berjaya mendapat segulung ijazah dari Imperial College London. Sijil aku telah dipost direct ke alamat rumah Malaysia... so aku tatau camne rupa dia but ayah aku ada ambil gambar and bagi dekat aku. Untuk tatapan semua, ini adalah ijazah yang aku dapat..



Master of Science in Soil Mechanics and Engineering Seismology

Terlalu ramai untuk aku acknowledge disini. Terlalu ramai sahabat-sahabat yang membantu aku untuk menggapai segulung ijazah ini. Tak lupa juga kepada family yang sentiasa berdoa untuk aku and wife sentiasa berjaya. 

OK enough with the sijil... maybe I'll start writing about another half-year of me staying in London and percutian-percutian kami. Maybe ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada siapa-siapa yang hendak bercuti ke UK. 

Setelah tamat field trip aku ke Athens, Greece tempoh hari (which i lost about 3 kilos sebab hanya makan telur dan roti), aku dan wife dah plan untuk bercuti dan pusing ke seluruh UK. Untuk Euro Trip, kami terpaksa postpone maybe during me doing phD insyaALLAH. Doa-doakan kami ye..

So aku start dengan field trip aku ke Greece. Aku memang jenis yang tak pernah keluar negara, so bila dapat peluang camni, memang aku happy sangat. Padahal field trip je, semua orang tahu kalau field trip, maknanya memang takde la sight-seeing and its true, it was 7-day field trip and full with activities pagi hingga tengah malam. Memang takde masa nak sight-seeing. Aku dengan rakan-rakan da plan kitaorang gerak awal dua hari sebelum field trip so sempat la nak pusing-pusing Athens. Plan kitaorang berjaya. Kitaorang ambil flight EasyJet and selamat tiba di Athens International Airport. 



 View dari tingkap aku, huuaaaa tak sangka semua ni berlaku dalam setahun




Ni geng kitaorang, ada sorang lagi tapi dia terlambat so dia book bilik lain. And benda paling menakjubkan adalah walaupun dapat bilik hotel ni biasa, tapi internet speed dia memang superb. Tu yang masing-masing leka duk nak connect wifi... hahahahhaha! 

So kitaorang sampai Athens da malam masa ni, so terus ke hotel check-in and ready untuk tidur. 

Keesokkannya, kitaorang plan untuk pusing satu Athens. Athens memang terkenal dengan dorang punya sejarah yang unik. Di setiap tempat, mesti ada simbol-simbol yang unik. Sampai ada sorang budak Iran classmate kitaorang cakap "This city is full with symbols, i see gamma, epsilon, sigma etc etc everywhere~". 

HAHAHAHAHAHAH!! That's so trueeee!! 

So kitaorang start dengan berjalan ke Acropolis which located dekat atas bukit. Masa kitaorang di Greece, musim summer, so sangatlah panas rasa macam nak cair (ceywah macam la Malaysia tak panas). 


Ni masa ondaway ke Acropolis. Alhamdulillah cuaca menyebelahi kami, takda nak hujan-hujan masa ni.


Atas bukit tu adalah Acropolis of Athens. 


Plan view of Acropolis (credit Wikipedia)

  1. Parthenon
  2. Old Temple of Athena
  3. Erechtheum
  4. Statue of Athena Promachos
  5. Propylaea
  6. Temple of Athena Nike
  7. Eleusinion
  8. Sanctuary of Artemis Brauronia or Brauroneion
  9. Chalkotheke
  10. Pandroseion
  11. Arrephorion
  12. Altar of Athena
  13. Sanctuary of Zeus Polieus
  14. Sanctuary of Pandion
  15. Odeon of Herodes Atticus
  16. Stoa of Eumenes
  17. Sanctuary of Asclepius or Asclepieion
  18. Theatre of Dionysus Eleuthereus
  19. Odeon of Pericles
  20. Temenos of Dionysus Eleuthereus
  21. Aglaureion






Punyalah ramai manusia masa nak naik ke Parthenon ni. Macam-macam manusia ada.



The Parthenon

Inilah dia Parthenon. Memang terkenal di Athens. Masa kitaorang pergi, dorang tengah buat restoration, so pemandangan terganggu dengan crane and scaffolding tu. But ok la at least da sampai and tengok sendiri bangunan-bangunan bersejarah dorang. 



The Erechtheum

Ni pulak adalah ancient Greek Temple, The Erechteum. Di sebabkan kitaorang tak tour guide, so sempat la jugak kitaorang mencelah-celah tour guide orang lain. Yang aku faham, dorang percaya yang temple ni berhantu and ada something dekat sini. Kalau ikut bahasa kita, kiranya temple ni ada "penjaga" lah. 



One of the pillar masa nak turun dari Acropolis, kitaorang rasa ni kerja Hercules ni, maybe dia tengah mengamuk kot so dia lepas geram terjentik tiang ni. hahahhaha! who knows!

Then kitorang pun melawat New Acropolis Museum. Museum ni adalah museum archaeological. Dalam ni penuh dengan artifak-artifak dari Acropolis.



Ni adalah architect structure in mini scale of the Parthenon.

Lepas selesai kawasan Acropolis, kitaorang pun gerak ke bangunan Parliment dorang. Masa kitaorang sampai tu, kawasan ni penuh dengan askar dan polis. Oh untuk pengetahuan semua, masa field trip kitaorang ni, Greece tengah bergolak pasal kekangan ekonomi. Dorang dalam perbincangan sama ada nak keluar dari Eurozone or not. But now I think dorang tak jadi keluar kot...


One of the guard at their Parliament House.



Odeon of Herodes Atticus



My Turkish friend, Abdulhakem Zeybek. 



I dont know whether this is National Library of Athens or University of Athens but this located in the middle of Athens. Ini sangat cool if it was our university... hahahhaha! bayangkan betapa oldskolnye uni korang if camni... =)


Hmm... so rasanya aku stop dekat sini dulu.. insyaALLAH aku akan sambung lagi. Post akan datang aku akan tunjuk gambar-gambar di first olympic stadium, taman-taman di sekitar Greece dan bandar Athens itself. 


So setakat ini sahaja.... jumpa di next post ya! 



Taken at the airport in Greece.







Wednesday 1 August 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Salam Semua~

Tahun lepas, 3rd of September 2011, kami berdua sampai ke London untuk mula berjuang menjadi student balik. Hari raya ketiga, kitaorang dah dekat London, punya la semangat. Bukan semangat pun sebenarnya, tapi lebih kepada nervous sebab nak kena cari rumah lagi, bukak account bank lagi. So for me, memang kena ade buffer time. Tak suka buat last-minute.

Tahun lepas, kami berdua berpuasa di Malaysia. Berbuka ramai-ramai dengan kawan-kawan, pergi terawikh, cari bazaar Ramadhan yang best-best and bangun sahur mata kuyu. Tapi tahun ni, kitaorang akan melalui puasa di perantauan. Ramai orang suruh kitaorang practice dulu before bulan ramadhan betul-betul masuk, tapi biasalah, aku ni mana pernah reti nak practice puasa, memang jarang la lepas.

So Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan lancar. Kitaorang berpuasa pun macam biasa walaupun 18jam tak makan and tak minum. Kuatkan semangat sebab bila lagi nak rasa puasa dekat negara orang. Memang banyak dugaan. Bagi kaum lelaki macam aku, dugaan dia lagi kuat. If nak keluar jalan-jalan, mesti kena pandang bawah.... =P kalau tak kurus pahala puasa (biasa la, negara omputih ni, nak lagi time summer, dorang mana pakai baju tebal-tebal).. hahhahahahah!!

Di sebabkan aku berada ni Barking, kawasan East London, aku lebih rapat dengan family-family yang ada dekat sini. So abang-abang and kakak-kakak ni suka sungguh buat berbuka sama-sama. Aku dengan wife la yang untung. Asyik makan lauk sedap-sedap. Tak payah ke bazaar (walaupun takde dekat London ni).

First day puasa, Abang Bad sefamily jemput aku berbuka rumah dia. Hmm aku apa lagi, terus la cakap "OLRAIT!"... rezeki jangan di tolak. hehehehhehhehe.. and lauk dia memang tanak kalah dengan restoran buffet dekat Malaysia. Aku pun tengok pening tengok lauk. Tapi memang terbaik.


Ikan - Udang - Ayam - Daging - Mushroom - Onde-onde
 Yes! Onde-Onde! special made.. panas-panas lagi....

Onde-Onde from London
Tip-Top!... thanks Abang Bad and Kak Pah sebab jemput berbuka.. sangat suka saya!

Pastu, Abang Bad lagi sekali jemput kitaorang berbuka puasa dekat rumah dia. Kali ni official sikit sebab dia jemput ramai-ramai. And paling penting, ada AYAM PERCIK!. fuooo~ siapa sangka dapat makan ayam percik duduk London ni.

Ayam Percik!
and masa ni jugak, lauk memang melimpah-luah. Malangnya sebab kelam-kabut nak bukak puasa, aku tak sempat nak amek gambar lauk-lauk yang ada.. tapi aku sempat amek gambar ni...


Yeah! Sirap Bandung Soda! terima kasih kepada Kak Azan! memang hilang rindu dekat Malaysia kejap.. hahahahhahahahhha....

Then baru-baru ni, Abang Fairuz sefamily pulak ajak berbuka dekat rumah dia. Fuh! yang ni if tolak, memang orang kata tolak rezeki sungguh la. Sapa tak kenal Kak Ana. Chef terkenal di kawasan East London. Nasib baik Kak Ana ni tak buka restoran, kalau tak, memang kitaorang je kot akan beli lauk/makanan dekat kedai dia. hahahahahahha...

Dan paling best, Abang Bad/Kak Pah bawak apam balik.... YES! APAM BALIK!! ...

Apam Balik fresh from rumah Abang Bad and Kak Pah
Dan dibawah ini adalah menu kitaorang hari tu.

Tengok air tangan Kak Ana... isk isk... 


Tak lupa jugak dekat kuih gulung tu... huaa~ sedap sedap... nyesal pulak tak makan banyak-banyak.. tapi takpela.. dapat rasa sorang sikit.. pasni kena request dekat Kak Ana suruh buat kuih tu lagi.. sedap amat!

So rasanya setakat ni je la kot makanan-makanan best sepanjang 14 hari berpuasa.

Alhamdulillah, Ramadhan pun dah nak masuk pertengahan, marilah kita perbanyakkan amalan.

Semoga diberkati hendaknya... Amin..

Salam Ramadhan Al-Mubarak semua!!

Monday 2 July 2012

I'm Back!





Athens, Greece

 Finally!

After few months tak update blog.. tiba-tiba hari ni rasa macam nak update (thanks kepada wifey kerana mengingatkan untuk update blog). Last update christmas test, result test tu pn da keluar, kecewa pun da kecewa... so benda da lepas, kita lupakan.. sekarang ni buat yang terbaik je... and tawakal kepada ALLAH..

Punca tak dapat nak update adalah kerana terlalu bz dengan kehidupan seharian. Kejap-kejap kena siapkan presentation, pastu kena readykan report, lab works lagi, semua datang bertubi-tubi. Last sekali yang paling epic adalah final exam.

3 minggu final exam = budak amek SPM. Kecur perut. Tapi Alhamdulillah, dengan semangat dari family di Malaysia, UK dan serata dunia, exam tu berjaya dihabiskan dengan tenang. Result je tak keluar lagi, so kepada semua, doakanlah kejayaan saya. Terima Kasih

So far, kehipudan di London semakin seronok setelah Final Exam habis hari tu... Greece Field Trip pun da setel, rasa macam sekarang ni holiday je.

Tapi dissertation belum gerak-gerak lagi *sighs*

Aktiviti kami sekarang ni adalah berjalan ke carboot. Dulu aku macam tak berapa suka carboot ni, kira macam barang second or bundle. Sebab-sebab aku tak suka carboot adalah kerana aku ni tak reti membeli barang second. Tapi setelah menuntut ilmu dari abang-abang and kakak-kakak yang ada dekat sini, aku berjaya menimbulkan perasaan minat untuk pergi carboot.

So! sekarang ni da jadi macam ketagih je nak gi carboot.. haish!

Selepas habis exam jugak, macam-macam aktiviti aku buat, berjalan sana, berjalan sini, biasalah, bila ada kereta, berjalan je la keje...

So aku akan ceritakan kisah-kisah menarik kiteorg berjalan ke tempat kelahiran Shakespeare, ke Oxford, ke Greece and paling latest, ke Wales.

Shakespeare's Birthplace

Oxford
Acropolis, Greece
 


Caravan Holiday, Wales

Semua-semua pengalaman ni aku akan ceritakan diblog ni, termasuklah dengan segala-gala yang berlaku disini yang aku rasa interesting.

p/s: makan-makan yang paling menarik! tungguuuuu~