Monday 31 December 2012

Athens


Happy New Year! Welcome 2013!

V(^_^)V




Alhamdulillah, tahun 2012 memang banyak memberi aku pengalaman manis yang tak mungkin aku boleh lupakan. Semua yang terjadi sekarang ni seperti dalam mimpi. Cita-cita aku tercapai dan ianyanya sungguh manis sekali. Terima kasih ALLAH kerana memberi peluang kepada aku. 

InsyaALLAH one day, I'll come back for another sweet memories...

OK now jom kita sambung pasal Greece field trip. Hmmm~~ maybe ramai yang tak berapa nak tahu pasal Greece ni (sebab aku pun tatau sangat pasal Greece ni.. hehehhehehe) and akan menyebakan korang bosan. But in this case, aku letakkan gambar-gambar sepanjang perjalanan aku di Greece. 

Field trip kitaorang bermula dari Athens dan naik terus Thessaloniki. Perjalanan kitaorang adalah selama 7 hari dan 7 malam. Sepanjang perjalanan, kitaorang akan berhenti di tempat-tempat yang mempunyai sejarah-sejarah tertentu dan yang berguna kepada engineering-wise.

But before field trip in bermula, kitaorang sempat pusing-pusing Athens and aku da ceritakan sedikit di post before ni. Sekarang ni sambungan dia. 

Semasa berjalan-jalan di central Athens, aku ternampak satu pokok ni, macam unik bunga-bunga dia, so kitaorang pun pergi la dekat-dekat sikit, then! rupa-rupanya pokok oren. WAH! pokok oren tanam tepi jalan je. Kalau ikutkan daya, memang aku da petik da buat makan, tapi biasa la kan, negara orang, mana la tahu kalau petik-petik je tiba-tiba polis keluar dari semak samun cakap kita mencuri.. hahahaha.



Ni la pokok oreng yang aku cakap tu. Dorang tanam tepi jalan je. huuu~ 

Then kawan aku ajak pergi first olympic stadium. Dalam pemikiran aku, stadium ni mesti cool amat sebab first olympic stadium kot. So semangat lah kami berlima berjalan-jalan melihat peta tapi malangnya stadium tu sangat jauh di luar bandar. Akhirnya kitaorang pun tukar destinasi. Kitaorang decide untuk pergi Olympieion atau lebih dikenali sebagai Columns of the Olympian Zeus.

Setelah berjalan-jalan hingga basah kuyup ketiak, sampailah kami ke destinasi yang di tuju. Kawasan dia agak unik, nak masuk kena bayar but since kitaorang student, so tiket kitaorang ke semua museum and lokasi-lokasi bersejarah adalah free (free kepada yang ada student ID dari EU university ye!).

YUP! FREE!! 


Entrance.

So basically Olympieion ni dibina untuk Zeus, King of Olympians God. Tapi yang tinggal sekarang adalah column-column dia sahaja. Dari temple ni, kita boleh direct tengok ke Acropolis (refer last post), and dari Acropolis, boleh direct tengok ke Olympieion ni.


So yang tinggal hanyalah tiang-tiang dia. Roof semua da hilang. Sepatutnya ada 104 columns dekat sini, but yang tinggal hanyalah 15. Tiang yang keenambelas ada di atas tanah tertanam. 

Tinggi satu-satu tiang tu adalah 17 meter dan berdiameter 2 meter. So korang boleh bayangkan lah macam mana pada zaman-zaman dulu, dorang boleh bina bangunan-bangunan macam ni. 

Kagum Kagum!


So lepas da berpeluh-peluh tangkap gambar and pusing satu kawasan ni, kitaorang decide untuk balik ke hotel sebab tak tahan. 

Panas + Letih + Lapar = Ngantuk yang boleh buat marah orang.. =P

Ondaway balik ke hotel, kitaorang stop by dekat ada satu bus stop ni, and guess what, dekat bus stop ni pun ada tinggalan sejarah. Memang hebat dorang preserve semua benda ni. Even tepi jalan pun dorang biarkan je. 



Ni adalah tempat mandi or lebih dikenali sebagai Roman Bath. 

Tempat ni dahulu-kalanya ditenggelami air. Kiranya macam pool la kot, tapi sampai certain level je. 

Kalau korang tengok gambar dekat bawah ni, ada macam bangku-bangku untuk dorang duduk and mandi. and lubang tu, kitaorang ramai-ramai sepakat tu maybe lubang jamban dorang.. hahahahahah! 

Tapi siapa yang tahu kan. Ni semua sejarah. 


So habislah perjalanan aku di Athens pada hari pertama ini. Lepas ni aku akan ceritakan pulak macam mana perjalanan aku sepanjang field trip yang sangat adventure and meletihkan itu. 

So looonnnnnggg~~

Happy New Year to everyone! 





No comments:

Post a Comment