Saturday 29 December 2012

Alhamdulillah. New Chapter of my Life


Winter Again and im still here waiting to go back home~


Probably i won't see this again in Malaysia. So this picture was taken as a reminder to me that i once lived in London. Alhamdulillah.


Setelah setahun berhempas pulas melaksanakan tanggungjawab sebagai student, akhirnya aku berjaya mendapat segulung ijazah dari Imperial College London. Sijil aku telah dipost direct ke alamat rumah Malaysia... so aku tatau camne rupa dia but ayah aku ada ambil gambar and bagi dekat aku. Untuk tatapan semua, ini adalah ijazah yang aku dapat..



Master of Science in Soil Mechanics and Engineering Seismology

Terlalu ramai untuk aku acknowledge disini. Terlalu ramai sahabat-sahabat yang membantu aku untuk menggapai segulung ijazah ini. Tak lupa juga kepada family yang sentiasa berdoa untuk aku and wife sentiasa berjaya. 

OK enough with the sijil... maybe I'll start writing about another half-year of me staying in London and percutian-percutian kami. Maybe ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada siapa-siapa yang hendak bercuti ke UK. 

Setelah tamat field trip aku ke Athens, Greece tempoh hari (which i lost about 3 kilos sebab hanya makan telur dan roti), aku dan wife dah plan untuk bercuti dan pusing ke seluruh UK. Untuk Euro Trip, kami terpaksa postpone maybe during me doing phD insyaALLAH. Doa-doakan kami ye..

So aku start dengan field trip aku ke Greece. Aku memang jenis yang tak pernah keluar negara, so bila dapat peluang camni, memang aku happy sangat. Padahal field trip je, semua orang tahu kalau field trip, maknanya memang takde la sight-seeing and its true, it was 7-day field trip and full with activities pagi hingga tengah malam. Memang takde masa nak sight-seeing. Aku dengan rakan-rakan da plan kitaorang gerak awal dua hari sebelum field trip so sempat la nak pusing-pusing Athens. Plan kitaorang berjaya. Kitaorang ambil flight EasyJet and selamat tiba di Athens International Airport. 



 View dari tingkap aku, huuaaaa tak sangka semua ni berlaku dalam setahun




Ni geng kitaorang, ada sorang lagi tapi dia terlambat so dia book bilik lain. And benda paling menakjubkan adalah walaupun dapat bilik hotel ni biasa, tapi internet speed dia memang superb. Tu yang masing-masing leka duk nak connect wifi... hahahahhaha! 

So kitaorang sampai Athens da malam masa ni, so terus ke hotel check-in and ready untuk tidur. 

Keesokkannya, kitaorang plan untuk pusing satu Athens. Athens memang terkenal dengan dorang punya sejarah yang unik. Di setiap tempat, mesti ada simbol-simbol yang unik. Sampai ada sorang budak Iran classmate kitaorang cakap "This city is full with symbols, i see gamma, epsilon, sigma etc etc everywhere~". 

HAHAHAHAHAHAH!! That's so trueeee!! 

So kitaorang start dengan berjalan ke Acropolis which located dekat atas bukit. Masa kitaorang di Greece, musim summer, so sangatlah panas rasa macam nak cair (ceywah macam la Malaysia tak panas). 


Ni masa ondaway ke Acropolis. Alhamdulillah cuaca menyebelahi kami, takda nak hujan-hujan masa ni.


Atas bukit tu adalah Acropolis of Athens. 


Plan view of Acropolis (credit Wikipedia)

  1. Parthenon
  2. Old Temple of Athena
  3. Erechtheum
  4. Statue of Athena Promachos
  5. Propylaea
  6. Temple of Athena Nike
  7. Eleusinion
  8. Sanctuary of Artemis Brauronia or Brauroneion
  9. Chalkotheke
  10. Pandroseion
  11. Arrephorion
  12. Altar of Athena
  13. Sanctuary of Zeus Polieus
  14. Sanctuary of Pandion
  15. Odeon of Herodes Atticus
  16. Stoa of Eumenes
  17. Sanctuary of Asclepius or Asclepieion
  18. Theatre of Dionysus Eleuthereus
  19. Odeon of Pericles
  20. Temenos of Dionysus Eleuthereus
  21. Aglaureion






Punyalah ramai manusia masa nak naik ke Parthenon ni. Macam-macam manusia ada.



The Parthenon

Inilah dia Parthenon. Memang terkenal di Athens. Masa kitaorang pergi, dorang tengah buat restoration, so pemandangan terganggu dengan crane and scaffolding tu. But ok la at least da sampai and tengok sendiri bangunan-bangunan bersejarah dorang. 



The Erechtheum

Ni pulak adalah ancient Greek Temple, The Erechteum. Di sebabkan kitaorang tak tour guide, so sempat la jugak kitaorang mencelah-celah tour guide orang lain. Yang aku faham, dorang percaya yang temple ni berhantu and ada something dekat sini. Kalau ikut bahasa kita, kiranya temple ni ada "penjaga" lah. 



One of the pillar masa nak turun dari Acropolis, kitaorang rasa ni kerja Hercules ni, maybe dia tengah mengamuk kot so dia lepas geram terjentik tiang ni. hahahhaha! who knows!

Then kitorang pun melawat New Acropolis Museum. Museum ni adalah museum archaeological. Dalam ni penuh dengan artifak-artifak dari Acropolis.



Ni adalah architect structure in mini scale of the Parthenon.

Lepas selesai kawasan Acropolis, kitaorang pun gerak ke bangunan Parliment dorang. Masa kitaorang sampai tu, kawasan ni penuh dengan askar dan polis. Oh untuk pengetahuan semua, masa field trip kitaorang ni, Greece tengah bergolak pasal kekangan ekonomi. Dorang dalam perbincangan sama ada nak keluar dari Eurozone or not. But now I think dorang tak jadi keluar kot...


One of the guard at their Parliament House.



Odeon of Herodes Atticus



My Turkish friend, Abdulhakem Zeybek. 



I dont know whether this is National Library of Athens or University of Athens but this located in the middle of Athens. Ini sangat cool if it was our university... hahahhaha! bayangkan betapa oldskolnye uni korang if camni... =)


Hmm... so rasanya aku stop dekat sini dulu.. insyaALLAH aku akan sambung lagi. Post akan datang aku akan tunjuk gambar-gambar di first olympic stadium, taman-taman di sekitar Greece dan bandar Athens itself. 


So setakat ini sahaja.... jumpa di next post ya! 



Taken at the airport in Greece.







No comments:

Post a Comment