Friday 18 November 2011

Why Imperial College London?


Imperial College London


Ni aku ada satu cerita yang aku rasa super-lucu and ada kebenarannye. Aku dapat email ni dari kawan aku masa kerja dulu. Lepas baca email tu, aku terus tergelak sampai sakit perut. Kawan aku ni tau aku nak sambung belajar kat Imperial College, sebab tu dia gatal pergi hantar kat aku.

Memang saja cari nahas~

So korang baca la ye.

Email tu berbunyi camni:

Gua tak ingat bulan berapa sebenarnya budak Zamal (bukan nama sebenar) ni masuk kerja di kompeni yang gua kerja.Paling gua ingat, gua kena bagi tunjuk ajar pada Zamal ni sebab pengurus kanan suruh dia kerja dalam pentadbiran department gua. Kedatangan Zamal pada hari pertama menimbulkan ketaksuban pada pengurusan kompeni. Dia baru tamat pengajian dari Imperial College, London dalam kursus Mekanikal Engineering. Sebelum ni, pekerja-pekerja di kompeni gua kebanyakannya dari latarbelakang universiti tempatan, kalau ada latarbelakang luar negara pun universiti yang biasa-biasa tahap tak boleh pergi.

Takdak la hebat setara mana, macam universiti dalam negara je dia punya pandai. Kalau ikut sejarah kompeni gua pulak,tak pernah lagi ada budak balik dari Imperial College London terus masuk kerja disini, kecuali budak Zamal ni. Entah siapalah yang ajar dia buat perkara bukan bukan macam tu.
Gua nak beritahu sikit, Imperial College bukan tempat biasa-biasa. Dalam setahun empat lima ketul saja pelajar Malaysia yang dapat masuk. Kalau lu orang nak Google, sila taip "Imperial College", ada lima juta link berlagak untuk lu orang baca. Budak melayu nak masuk situ masyaAllah punyala susah gila babi. Kalau kapasiti otak macam gua, mungkin gua layak untuk jawatan supervisor di gym College Imperial. Itu pun dapat kerja bukan sebab otak, tapi sebab struktur badan yang sesuai dengan kerja gym. Setiap tahun pula, boleh kira pejam mata berapa kerat budak budak melayu desa yang masuk belajar sana, seorang mungkin. Lu orang boleh agakla budak Zamal ni pandai dia macam mana. Hari pertama Zamal.

Pengurus besar panggil gua masuk bilik, masa tu Zamal dah pun ada dalam bilik. Pengurus besar suruh gua bagi tunjuk ajar pada Zamal macam mana nak cari makan dalam kompeni. Gua hangguk-hangguk tak banyak menjawab. Pengurus kanan menyambung perbualan dengan Zamal hal-hal yang susah gua nak faham seperti teori kapitalis dan impak pada kompeni, strategi perniagaan untuk jangkamasa panjang, kepimpinan global, analisis ekonomi dan kesannya pada GDP negara, serta pelbagai perbincangan lain yang bertaraf Tun Mahathir.

Sebagai pekerja senior dari Zamal dan banyak pengalaman hidup, gua mengambil sikap serious sambil berkata 'Betul tu Zamal..' setiap kali Zamal selesai memberi buah fikiran. Walhal pembacaan gua terhad ke harian Metro saja.
Setelah selesai perbincangan arah tuju Malaysia selama 2 jam, gua keluar membawa Zamal pergi jumpa budak-budak lain dalam department. Sorang-sorang muka tekulat bila gua beritahu Zamal ni budak Imperial College.Tak berani langsung mereka nak tunjuk kemahiran berbahasa inggeris depan Zamal. Semua mengambil langkah selamat dengan bertutur dalam bahasa melayu kolumpo. Nampaknya, asal usul tempat pengajian boleh juga menentukan taraf hidup seseorang di mata kawan-kawan. Sebagai contoh, kalau gua sekolah agama, dengan automatis kawan-kawan bukan sekolah agama bersangka yang gua ni ustaz. Nak mengorat makwe pun tak boleh cari yang hype, nanti apa pulak kata orang. Akhir sekali, gua bawak pula Zamal jumpa Kak Imah. Beliau merupakan kerani am department, bekerja secara kontrak yang dua tahun sekali kena renew. Umur Kak Imah sudah lewat 30'an, dan fakta paling pahit untuk ditelan adalah beliau tak makwe langsung. Gua kenalkan Zamal pada Kak Imah. Sebelum tu gua dah beritahu Zamal, walaupun Kak Imah ni tak berapa makwe pada pandangan mata kasar dan dia belajar pun tak pandai sampai masuk universiti macam budak-budak Uitm, namun kita kena hormat dia. Kalau nak bercakap biar elok-elok, tak boleh banyak bahasa inggeris sangat nanti dia kecik hati. "Lu tak payah tunjuk sangat Imperial College lu tu dengan Kak Imah , borak hal-hal kampung saja.."

Begitu pesan gua pada Zamal.
"Kak Imah, ni budak baru masuk kerja tempat kita..nama dia Zamal"

Gua kenalkan Zamal pada Kak Imah yang tengah lalai main solitaire depan komputer.
"Ooohh..selamat datang Zamal"

Balas Kak imah mesra.
Selesai berborak serba sedikit hal rumah dimana dan adik-beradik berapa orang, pengurus besar panggil semula Zamal masuk bilik. Nak sambung berbincang lagi agaknya.

Gua pun macam nak blah sebelum Kak Imah tanya gua

" Zamal ni dulu belajar mana?"

Ahh..lupa pula gua beritahu tadi pada Kak Imah.

"Dia budak Imperial College tu Kak Imah"

Gua jawab bersungguh.

Seperti yang gua agak, macam orang-orang sebelum ni, Kak imah pun bertukar muka jadi hairan. Gua tahu, kak Imah pun sama fikiran macam pengurus besar, pengurus kecik dan budak-budak department yang belum boleh terima ada brader Imperial College sanggup kerja dalam kompeni ni. Gua biarkan saja Kak Imah bekerut-kerut terperanjat mendengar jawapan gua tadi.

Dengan dahi berkerut Kak Imah membalas:

"Laaa....kolej je ke??..mati-mati tadi akak ingat dia budak universiti!."

Gua punya sebak waktu tu jangan cerita. Baru gua sedar, Imperial College tu sebenarnya bukanlah ada apa sangat pada pandangan Kak Imah, mungkin sama macam belajar di College Intec, atau setidaknya sama taraf dengan Kosmopoint.

Foot-note:
Zamal pernah tanya gua ,dia hairan kenapa kak Imah suruh dia belajar part-time sambung degree di Uitm?. Demi menjaga hati semua, gua cuma diam tak komen apa apa.

No comments:

Post a Comment