Wednesday 2 November 2011

Level 2-0 : Bermulalah Journey Aku di Kota London


Ok. Done with perjalanan dan dugaan aku nak pergi UK. Satu je pesanan aku,

Dont Give Up! Selagi usaha ada, insyaALLAH semua akan dipermudahkan.

So sekarang aku dah pun kat UK, pening kepala mencari rumah sewa plus excited nak jalan-jalan dengan wife (honeymoon mood lagi tu~hik hik).

A few weeks kteorg cari rumah, house viewing, already pay for holding deposit and yet landlord buat hal. Memang nak cari rumah sewa di UK ni agak susah and when u are a student, lagi la susah. So kat sini, aku cadangkan korang pergi laman sesawang ni untuk cari rumah:

1) http://www.zoopla.co.uk/
2) http://www.findaproperty.com/
3) www.gumtree.com

Ni adalah a few webs yang aku rasa agak bagus if korang nak cari rumah.

Some landlord OK with students, some are not. So ia bergantung kepada nasib anda. After 3 weeks of nasib tak baik then one lucky day datang bergolek depan kaki~ hahaha takde la bergolek sebenarnye.

Ekceli, mase tu aku dah buntu gile tahap tertinggi, kalau dalam bahasa kanak-kanak, buntu-tahap-gaban!

Rase nak nangis pun ade tapi sebab ada wife kat sebelah, kena la maintain macho. Nanti ape pulak dia cakap if aku nangis tak pasal-pasal. Lagi la dia nervous. Aku pun berjaya menahan air mata dari keluar (isk isk.. sadis bila ingat balik. Rasa nak balik Malaysia je masa tu).

So aku pun pergi la terjah ade satu letting agent ni. Aku pun mulakan conversation aku:

Aku : hi, afternoon sir, do u have 2-bedroom for rent here? (area barking la tu~)

Agent : hmmmm~ right now we don't have 2-bed (long silence~)


Aku : sighs! (kali ni memang aku mengeluh sambil nak berair mata sebab tu last chance aku, kalau tak, memang takde rumah la gamaknya)


Agent : but..... (ada senyuman disitu~)


Aku : aaaaaaaa~ (berdebar-debar)


Agent : we have 1-bed, 1-living room, if u don't mine, we can have house viewing now since the house is just around the corner.


Aku : yeah! For sure~ (masa ni dah happy sangat da ni, memang tak pikir panjang dah, if rumah ok, memang aku terus grab je)



So start saat tu, after aku tengok rumah, and memandangkan ianya sangat dekat dengan tube station, aku pun terus agree!

Ok kat sini ade satu kesilapan, make sure korang check semua benda dalam rumah tu before paying the holding deposit. If toilet rosak, bagitau kat agent tu, take note apa yang rosak dalam rumah tu, then bagitau agent, biar dorang bagitau landlord, so nanti takdela landlord salahkan korang masa nak keluar nanti. Biasalah, sedangkan aku kat Malaysia pun, landlord tak nak pulangkan deposit aku, ni kan pulak kat UK (just being sarcastic!).

Owh satu lagi, most landlord if students yang nak rent, dorang akan minta guarantor which a person that have been working in UK for about 4 to 5 years I think. Ataupun~ jeng jeng jeng~ korang bayar lump-sum untuk 6-months terus. Hahahahaha canggih tak? Memang tergolek la kan nak bayar total 6-months rent. Tapi itulah hakikat. Bukan nak takot-takotkan, tapi memang kenyataan di UK ni.

Ok sambung cerita pasal sewa tadi, aku pun bayar la ape yang patut, itu ini itu ini, sign agreement, and then,

Kunci sudah ditanganku~

hahahaha finally! Aku dapat rumah sewa~ ya ALLAH mase ni aku rase syukur sangat-sangat. Owh ya by-the-way, aku mintak 2-bed sebab aku berkongsi dengan kawan aku. So kteorg split je rent tu. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Landlord pun baik, memang paham students susah nak cari rumah, and satu je dia bagitau kteorg;

"please make sure this house clean ya~"

aku pun "ya ya"

Ni adalah rumah kami. Cantek tak?

So first weekend kteorg kat rumah sewa tu adalah, shopping!! Hahahaha nasib baik aku bawa wife, so dia tahu ape yang patut dibeli, kalau aku sorang, maybe aku beli toto, bantal, meja study, kerusi. Tu je kot. So bila ada wife ni, dia nak beli periuk, kuali, duvet, cadar, bantal, senduk etc etc etc. Aku lost kat situ~

V(^_^)V Love u Wifey~

So selama 2-hari kami bershopping, kebas dah kaki aku, tapi wife aku takde pulak aku nampak dia letih. Memang itulah kehebatan perempuan. Tak dapat nak dinafikan. Bagi je dorang shopping, memang dorang takkan letih. Hahahaha!

Thats a compliment ya!

Akhirnya, after a week, kteorg pun berjaya settle-down. Rasa macam lengkap dah kat rumah tu. Baru selesa nak belajar. Internet pun dah masuk, lagi la lancar nak "belajar!" (internet memang superbly laju. Memang tak tipu!)


Ni la tempat aku banyak menghabiskan masa~ (study! study!)


Nyeeheheheheheheh~

Aku dengan wife pun plan la ape nak buat lepas-lepas ni. Ade yang bagi cadangan pergi Paris sebab tiket murah and dekat, ada yang suruh pusing UK dulu, naik pergi Manchester, then pergi Scotland, amek gambar dengan stadium-stadium dulu.

Huh! stadium dekat dengan school aku pun aku tak sempat nak pergi amek gambar, ni kan pulak nak ke Manchester semata-mata nak amek gambar Old-Trafford. Ok, maybe la nanti aku akan pergi jugak. Mana boleh tak pergi amek gambar dengan Old-Trafford, Stamford Bridge and Emirates, ramai member-member aku kipas-susah-mati kelab-kelab gergasi ni. Kena la kasi bakar sikit dorang tu. Owh sorry lupa stadium Liverpool pun sekali =P

Tapi malangnye, aku terpaksa bagitau wife aku:

Aku : sayang, tahun ni kite tak dapat pergi jalan-jalan la~

sayang : takpela, sayang belajar je rajin-rajin. Kasi habis masters dulu.

Aku : Thanks sayang! (happy da masa ni)


Sayang : tapi nanti belikan handbag LV ye, takpun Gucci, Burberry pun ok gak. Takpe, nanti saya check internet mane yang saya nak then saya bagitau awak. Bolehkan?


Aku : Owh boleh boleh. Tadahal punya (Gulp! Gulp!)



Hahahaha so tu deal aku dengan wife aku. Tengok la camne, if ade duit lebih, boleh la. if takde, cari kat Petaling Street suda~

So tahun ni aku dengan wife maybe takde pergi mane-mane. Sape-sape nak datang UK, bolehla bagitau kami, kte jalan same-same. Setakat sekitar Central London tu, boleh la aku bawak, kalau ajak gi tempat yang aku tak pernah pergi, kte tengok la Map.

After this aku akan cerita pasal pengalaman kteorg berjalan sekitar Kota London. Camne kteorg sesat, camne kteorg kena berjalan jutaan-kilometer, camne kteorg survive cari makanan etc etc.

Then, so long~

end of part 2-0.

To be continue~

4 comments:

  1. assalam...uncle nash...lama x dgr citer...then jumpa blog nie...hehehehe...bestnye dapat blaja kat oversea...:)

    ReplyDelete
  2. Salam. Hehehe pejan~ tu la lame tak dgr brite. Ape kabar skrg? Baby sehat? Nnti bwk la jln2 sini =) .blaja sini ok la, tp biase la, struggle sket~

    ReplyDelete
  3. oooo..pejan ngn affan alhamdulillah sihat...insyaallah...kalau ada rezeki ke sana...affan akan ikut sama..hehehehe..tp tunggu besar sikitla...skrg baru 2 bulan...x tau ape2 pun lagi..hehehehhe...nak tgk pic affan...tgkla blog pejan...afzannizan.blogspot.com...enjoy it k!!! :)

    ReplyDelete