Thursday 20 October 2011

Level 1-3 : Perjalanan Ke UK~


Kepada Encik Nashirf,


Sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa anda
Berjaya menerima biasiswa Tenaga Pengajar Muda.

Tahniah.


Baru baca first sentence, da menjerit sebab berjaya!!

Yeay!! Happy Happy!!

But then, baca second sentence,

Tajaan hanya untuk universiti dalam negara.

Yaa!! Seriously "DALAM"

Owh man!! Maknanye takde la dapat scholar nak pergi oversea. Kecewa~ kecewa~

T_T

Then call uni buat rayuan, after few rayuans, memang confirm tak dapat. Makcik yang uruskan application aku tu pun da fed-up asyik dengar aku call buat rayuans. Anyway, thanks Makciks sebab sanggup layan saya.. hahahahah!!

Then after few weeks in kecewa mode, I'm thinking of calling MARA, whether is there any scholarship given for 2011 intake. Call punya call punya call... Tiba-tiba this one lady on the other side of phone angkat, aku pun terus tanya macam-macam, kiranya macam kalau tengah berperang tu, tak sempat buat apa-apa, nampak orang terus tembak dengan mesin-gun.

Suddenly she said :
"encik boloh datang ambil borang di pejabat kami"

Aku kaget kejap, betul ke gadis misteri ni cakap? ke aku kena prank ni.. so aku confirmkan lagi sekali.

"Betul ke borang untuk scholarship dah keluar?"

"Ye encik, kami baru je buka application, tapi sebelum tu boleh saya tahu universiti mana encik pergi?

"Owh saya dapat sambung belajar dekat Imperial College London"

"Kejap saya check............"

................................................................................................ lama la pulak gadis misteri ni check wei!!

"Ok, universiti encik ada dalam senarai, encik boleh datang ambil borang"

Hooo yeah!!

Lagi sekali aku menjerit!! <--- masa ni kat opis, so macam orang gila la kan tengah-tengah semua orang senyap konsentrate buat keja, aku gi jerit. Macam menang loteri RM100juta je.. hahhahahaha anyway, aku dulik ape, peluang sekarang da 50-50 nak dapat pergi sambung belajar.

Terus aku pergi bangunan MARA ambil borang, isi, potostat, submit!! Done in 2 days only. Punya la semangat tahap gaban!

Then wait wait wait wait wait!!

Early February 2011, they called me:

"Tahniah Encik Nashrif, permohonan anda berjaya, sila datang ke pejabat kami untuk ambil surat perjanjian"

"Betul ke encik? betul ke? betul ke?"

"Betul, sila datang opis saya ambil"


Ini adalah surat daripada MARA. Affidavit ni sangat penting~


and ni pulak surat dari Imperial College London..


And now this is big YEAH!!

Hoooo YEAH!!

Gigil-gigil drive pergi pejabat MARA ambil surat. Wah happy gila masa ni. Memang rasa kalau tak kuat iman, boleh jadi gila meroyan ni. Hahahahaha!!

Few weeks later, submit everything and now ready for visa application.

OK! Part visa ni yang sangat menakutkan. Some people said ade yang tak lepas, ade yang no refund. Its RM1310 per person. PER PERSON!! And I'm going with my wife. So do your math!

Mase tu doa + tawakal + solat hajat je sebab takot tak lepas.

And Alhamdulillah, semua berjalan lancar, visa kitorang lepas, scholarship lepas, ticket flight dah beli, makanan-makanan stock untuk setahun dah bli, beg besar dah bli etc etc...

Kemas punya kemas punya kemas, beg overweight! Hahahahaha

Total luggage weight for both of us = 40kg + 10kg hand luggage (given)

Total luggage weight yg kteorg bawak = 52kg + 15kg hand luggage.

Owh dammit!! Banyak gile lebih!!

Nervous! Nervous!


Ayah pesan "banyakkan doa, senyum je depan kaunter tu, insyaALLAH berjln lancar"

Mak pulak pesan "buat slumber je, macam takde pape berlaku"


And its true!! Lepas dengan jayanye. Then mula menyesal sebab banyak barang terpaksa tinggal takot tak lepas.

Shish!

Hahaha maybe doa dari parents in law + parents + sedara2 + kwn2... Sebab tu lepas V(^_^)V

Then da check-in, mula la sedih-sedih, hahaha setahun je pun nak pergi, tapi sedih macam dah tanak balik Malaysia. Anyway, di pendekkan cerita, aku & wife pun salam-salam semua orang, peluk-peluk, cium-cium sikit, dengar kata-kata nasihat dari orang-orang tua, and macam-macam lg la... Kteorg pun terus ke Gate untuk masuk dalam perut kapal terbang.

Mulalah perjalanan 13 jam aku dr Malaysia ke UK untuk pertama kalinya dalam hidup ni. Mula-mula sedih, then excited, then sedih balik, then jadi nervous sebab tak pernah pergi tempat orang, then jadi happy seabb first time beb!, then..... Sedar-sedar dah landed

Mula terasa sejuk... bbrrrrr!!

Kteorg pun jalan terus ke UKBA iaitu UK border agency. Kat sini dorang check visa & passport. So mase ni la korang kena tunjuk konfiden level yang tinggi. Jangan gagap-gagap!


Pegawai : where r u going to stay? Do u have place to live?

Aku : yes i do! Im going to barking straight away.
(eceh kecek omputih tu~)

Pegawai : olrait. Thank you. Welcome to
London. Hope u enjoy it~

Aku : sure sure~ (slang british da kuar sket2)



Hahahaha so macam tu la aku masa nak lepas UKBA. Terus pergi ambil luggage yang berat macam hape, jalan ke kastam.

Haaaa lagi satu rintangan. Dorang kata kastam kat sini slalunye suruh bukak beg, nak tengok isi dalam beg bagai takot-takot bawak dadah ke, so aku doa-doa harap kastam tak nampak aku. Doa termakbul!! bukan kastam tak nampak aku, aku yang tak nampak kastam!!

Jeng jeng, disebabkan aku sampai pukul 550am, takde sorang pun staff kastam kat situ. Nice huh! (tips tu!!)

Hahahahah!!

Kteorg terus jalan keluar tak tengok belakang dah.

Jejakan kaki pertama di heathrow! aku tinggal wife & beg semua dalam building, aku gi lari keluar entrance.. saje konon-konon nak ambil udara London.... hahhahahhaha sejuk!! (first time sampai negara orang kn...)

Ni kat Heathrow Terminal 4, arrival from Malaysia.


Happy!! Sejuk!! Nervous!!

OK bawah ni steps aku masa mula-mula sampai Heathrow, UK:

1) beli simcard harga £10 without isi, cis kena tipu bengong! Kat luar £5 siap ade isi topup lagi.

2) beli air mineral water £1. Biase je £1 tu kat sini. Tapi kalau convert, jadila rm5. Hahahah 500ml je kot. So jangan pandai-pandai nak convert, memang mati kebulur korang kat sini.

3) cari signboard nak naik tube. Pusing2, naik lif, turun lif, jalan-jalan then jumpe tube~ hahahhaha jangan risau ade signboard kat situ.. besar lagi!

4) beli oyster card. £5 per card. Then terus topup £10. Sistem oyster card kat sini macam touch n go kat Malaysia, tapi dia deduct by Zoning. So nanti aku akan cerita kat entry lain.. tunggu!!

Ni adalah oyster card aku. Mula-mula kena beli yang biru dulu, tu untuk orang biasa. Disebabkan aku ni luar biasa, so aku dapat yang hijau tu.. hahahha~ anyway, tu student punya!


5) ambil gambar kat sign "Underground" sementara tunggu tube. Jakun la katekan.

Okay nampak gemuk, biasa la, sejuk, pakai baju tebal~ =P


6) naik tube. End of story.


Masa naik tube ni, kteorg kena turun kat Barons Court sebab nak tukar tube ke Barking. And then... something happen yang sangat-sangat mendebarkan.........

~end of part 1-3~

1 comment: