Monday 14 November 2011

~We Just Love Food~

Winter is Coming! Ice-skating near my school. Sejuk beb ~


Ok now totally randomness!

Hahahahah~

Aku nak start dengan acara makan-makan kami di sini. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada jemputan makan. Memang rezeki.

I Loike! Duduk sini makin membesar sebab faktor sejuk and cepat lapar.

Di sebabkan kami ni hanya berdua (aku dengan wife je~), so every weekend akan ade panggilan memberitahu:

"Mira, Nashrif, meh la datang rumah, ada makan-makan ni"

takpun

"Mira, Nashrif, meh la datang rumah, ada kueh ni Kak Timah buat"

Ya! wife aku adalah wakil kepada aku di sini. Owh btw aku da anggap Kak Timah tu macam mak angkat dah, dia memang baik. Super-Baik!

Kami respect!

Tapi kali ni aku dijemput oleh seorang abang ni, dia baru pindah rumah, aku pun jumpa dia dekat fesbuk sebenarnye, tapi disebabkan dia pun duduk barking (tapi da ex-barking la sebab dia da pindah rumah), so kami pun nak la berjumpa, saja-saja jumpa Malaysian lain.

Tapi aku ni biasa la, jenis pasif dan jarang bercakap, hebat dekat fesbuk je. Dalam fesbuk semua benda berapi, tapi bila jumpa, diam seribu bahasa (pemalu la kot~)

Bermulalah satu hari ni, aku berjalan dengan wife aku pergi Tesco. Alah seberang jalan je pun, tak sempat nak berpeluh. Then pergi jalan-jalan dekat taman Barking ni. On da way balik tu, aku terserempak dengan satu Malaysian family. Dia tegur aku dulu.

Lelaki 1 : Assalamualaikum, Malaysia ke?

Aku : Waalaikumsalam, haah Malaysia. abang dari Malaysia jugak ke? (of course la kan dia malaysia, takkan la dia dari philiphine plak)

Lelaki 1 : haah sama la kita. Da lama ke duduk sini? (sambil memanggil-manggil anak dia yang chomel-chomel berlari-lari)

Aku : Takde la lame, saya sampai 6 september ari tu, sambung raya dekat sini. Sekarang tengah cari rumah lagi ni.

Perempuan 1 : Owh ye ke, kiteorg pun baru je sampai, tapi alhamdulillah da dapat rumah, ye la takot jugak sebab anak ramai, so kiteorg ambil je rumah kat belakang ni. (tunjuk kakak ni kepada satu lorong di sebelah kedai)

Aku : ooooo, semua ni anak abang and akak ke?

Lelaki 1 : haah. Empat-empat ni anak kiteorg. Owh nama siapa ek tadi?

Aku : nama saya Nashrif, tapi boleh panggil Nash je, senang. Ni wife saya Mira. Kiteorg datang berdua je.


Lelaki 1 : Ok. Nama saya Bad, ni wife saya Sharifah.


So Lelaki 1 adalah Abang Bad and Perempuan 1 adalah Kak Sharifah.

OK end perbualan kat situ sebab da lewat petang, kami pun bertukar-tukar nombor phone. Dari situlah aku mula kenal Abang Bad ni. Dipendekkan cerita, Abang Bad ni pindah lah rumah pada sabtu lepas disebabkan rumah lama beliau di Barking ni amatlah teruk.

Haa pesanan kepada siapa-siapa yang nak cari rumah sewa dekat sini, make sure korang tengok dalam semua, pastikan segala benda sempurna. Kesian aku tengok Abang Bad ni, dengan anak empat orang yang masih lagi kecik, dibawa kehulu-kehilir naik bas untuk mencari tempat tinggal (eceh da macam dalam dokumentari tv la pulak).

Lupa pulak nak bagitau, rumah lama abang bad ni penuh dengan kulat dalam bilik air, memang penuh sampai ke siling, aku tak sempat pulak nak ambil gambar. Abang bad risau anak-anak dia sakit, so dia pun bercadang nak pindah rumah.

Hahahahahahah! btw abang Bad ni memang seorang yang happy. Dia memang baik. Suka sungguh tolong orang. So masa dia pindah ari tu, kami pun tak lepaskan peluang untuk tolong dia.

Alhamdulillah semua berjalan lancar and acara yang paling aku tunggu-tunggukan adalah

MAKAN!

Pergh! abang bad serve makanan memang terbaik + pot luck dari kawan-kawan dia. Ni aku letak gambar kasi korang tengok.

Ada ayam golek, Pulut gulung, kek roti (memang sedap amat!), bihun goreng, ayam kurma special made straight dari kuala perlis, daging masak pedas, and yang paling special! adalah~

Bubur Jagung!! aku-suka-gile-bubur-jagung!

Suasana masa nak ambil makanan, budak kecik baju belang-belang ni anak abang bad yang bongsu, gila comel!

Nama dia Ica, hmm tatau betul ke tak. Selalu aku tengok dia pakai baju sejuk yang besar dari badan dia, kali ni aku tengok die pakai camni, hahahaha! kecik je orangnye.


So hari sabtu aku dihabiskan di rumah baru abang bad. Bual-bual dengan kawan-kawan baru. Ambil ilmu sikit-sikit dari kawan-kawan abang bad yang masing-masing ada 3 or 4 orang anak.

HAHAHAHAH!

Oh satu lagi, aku tak sempat ambil gambar abang bad & kak pah & anak-anak. Hahah so korang imagine je la dia camne ek. Abang bad ni baik-baik orangnya, suka senyum, peramah etc etc. Kak Pah ni pakai spec macam wife aku, putih pun lebih kurang, baik, buat teh tarik sedap etc etc.

=)

Senangnya nak describe orang~ hik hik hik~


So semalam, aku tiba-tiba teringin nasi lemak, aku pun roger wife aku:

Aku : Sayang, esok masak nasi lemak boleh? bahan-bahan cukup tak?

Wife : hmmm~ cukup cukup. Boleh gak. Lama tak makan nasi lemak.

Aku : Yeay!


So semalam wife aku masak nasi lemak untuk aku, tengok gambar bawah, siap bawak laptop pergi dapur tu, sambil-sambil masak, tengok movie. Memang hebat.


Nasi Lemak Special bersama Ayam Goreng Kunyit disajikan bersama Jus Oren + Mangga.



So setakat tu je la aku rasa weekend kami disini.

Owh before aku terlupa, adek aku sekarang tengah menduduki SPM, so harap-harap dia dapat buat yang terbaik.

Kepada Acik: Semoga berjaya! buat yang terbaik, banyakkan berdoa. Untuk menguatkan lagi semangat nak belajar and nak jawab SPM, angah ada belikan scarf Man U untuk acik. Ni straight dari Manchaster. So Selamat Maju Jaya!




-end of story-


No comments:

Post a Comment